PENGENALAN
Bahasa Melayu sudah menjangkau kewujudannya selama 2000 tahun bermula pada abad ke-3 Masehi tetapi ia terus relevan kerana ia tetap dimanfaatkan demi kemajuan tamadun bangsa Melayu. Kini, dalam zaman teknologi menguasai manusia pada era teknologi maklumat, bahasa perlu dimanfaatkan dengan mengeksploitasi sumber intelektual peribumi yang begitu lumayan dan kaya dengan nilai jati diri dan hati budi Melayu. Segala khazanah yang merentasi zaman ini berjaya dihasilkan dengan hanya menggunakan bahasa Melayu wajar “diteknologikan” demi kemajuan bangsa serumpun. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja tetapi ia bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyanyangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna.
Bahasa Melayu kini kian dilupakan oleh generasi muda malahan
bahasa Melayu kurang digunakan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang
ilmu, pentadbiran, komunikasi dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita sebagai
penutur bahasa Melayu ini harus sedar akan kemerosotan penggunaan bahasa
Melayu. Jadi, semua pihak harus memainkan peranan untuk melaksanakan dan
memperkembangkan bahasa kebangsaan daripada terus pupus di mata dunia. Oleh
itu, badan-badan bukan kerajaan harus berganding bahu untuk merealisasikan
harapan negara untuk melaksanakan dan memperkembangkan lagi bahasa kebangsaan
kita. Misalnya, menurut Abdul Rashid: (2006), Gabungan Persatuan Penulis
Nasional Malaysia (GAPENA), media massa dan individu-individu tertentu seperti
Abdullah Hassan, Nik Safiah Karim dan lain-lain. Justeru, jika seluruh rakyat
Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, maka akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai
satu bangsa Malaysia.
(BAHASA MELAYU DIJADIKAN SEBAGAI BAHASA
KEBANGSAAN)
1)Bahasa merupakan cerminan masyarakat, budaya, akal budi,
jiwa atau roh sesuatu bangsa. Keintelektualan dan tamadun bangsa yang besar di
dunia jelas merupakan bukti peranan terbesar bahasa sesuatu bangsa.
2)Bahasa kebangsaan dalam bahasa Inggeris adalah
diistilahkan sebagai “National Languange”. Menurut Kamus
Dewan (2005), mentakrifkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang diterima dan
digunakan rasmi oleh penduduk sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa
atau loghat. Asmah Hj Omar (2002 : 22) juga menyatakan bahasa kebangsaan
menyatakan fungsi ideasional dan representasional.
3)Fungsi representasional memperlihatkan bahasa sebagai alat
komunikasi, alat berfikir dan alat persepsi.
4)Fungsi ideasional didorong oleh emosi.
5)Bahasa Melayu bermaksud, bahasa rasmi bagi empat buah
negara merdeka yang berdaulat iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura,
(Kamal Shukri:2007).
6)Bahasa Melayu merupakan bahasa bagi bangsa Melayu
terutamanya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.
7)Kewujudan Dasar Bahasa Kebangsaan merupakan asas penting
bagi perkembangan bahasa Melayu di Malaysia.
8)Berdasarkan pendekatan St. Takdir Alisyahbana menyatakan
bahawa dasar Bahasa Kebangsaan telah memperuntukkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan seperti yang termaktub di bawah Perkara 152 (1) Perlembagaan
Persekutuan.
9)Sebagai undang-undang utama negara Perlembagaan menjadi
tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen,
Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala dasar kerajaan. Berdasarkan Perlembagaan di bawah Perkara
159(5).
10)Kedudukan
yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke dalam batang
tubuh Perlembagaan; contohnya definisi orang Melayu juga dikaitkan dengan
penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2).
11)Asmah Hj Omar (2002 : 54) pula mengatakan faktor
terpenting pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ialah faktor
endoglosia dan juga faktor pengalaman dan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa tinggi sebelum tempat bahasa ini diambil alih oleh bahasa Inggeris dengan
kedatangan penjajahan Inggeris.
12)Faktor endologlasia bermaksud keadaan keperibumian yang
mencirikan dasar bahasa sesuatu negara. Pendaulatan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan bukanlah bermakna bahawa bahasa-bahasa pendatang di Malaysia
ini didiskriminasikan.
13)Hak setiap bahasa asing itu terpelihara dalam
Perlembagaan Malaysia (1972:116-7). Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ini perlu
dibina dan dikembangkan menjadi bahasa moden, bahasa sains dan teknologi,
bahasa pengucapan tinggi seperti yang termaktub dalam Akta DBP.
14)Bagi mengekalkan dan memperkembangkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, kita harus mengambil iktibar daripada sejarah
perkembangan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, bahasa Melayu memang
boleh diperkembangkan sebagai bahasa kebangsaaan dan seterusnya diperkasakan
sebagai bahasa antarabangsa.
15)Menurut Hassan Ahmad (2008), terdapat beberapa faktor
yang lazimnya harus dilaksanakan untuk mengukuhkan lagi bahasa Melayu dan
seterusnya memperkembangkan sebagai bahasa Kebangsaan iaitu, (1) wibawa dalama
bahasa Melayu, (2) jumlah penggunaanya, (3) penyebaran geografinya, (4) wahana
komunikasi ilmu, teknologi dan diplomasi, (5) kecemerlangan ekonomi bangsa yang
menuturkan serta menggunakan bahasa itu, (6) keutuhan dan kestabilan politik
bangsa yang menuturkan dan memakai bahasa itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan