Khamis, 14 September 2017

Bab 14 : Bentuk Komunikasi Di Khayalak

                                         Bentuk Komunikasi Di Khayalak 


 PIDATO/SYARAHAN

  Ø  Pidato/Syarahan
  Ø  Perbahasan
  Ø  Forum
  Ø  Ucapan
  Ø  Temuramah
  Ø  Pengacaraan majlis
  Ø  Pengendalian mesyuarat
  Ø  Ulasan dan komentar

PIDATO/SYARAHAN
  Ø  Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khayalak untuk menjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik.
  Ø  Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan.

Penyedian teks pidato / syarahan

Pembuka Kata
     ·         Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan yang berkenaan.

Isi atau amanat
    ·         Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan.  
    ·         Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini.

Penutup isi / amanat
    ·         Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam syarahan tadi.

Penutup
    ·         Merupakan bahagian yang terakhir.
    ·         Dalam bahagian ini, pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak  penganjur , melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin.

Aspek-aspek penting dalam penyampaian syarahan yang berkesan

Kelancaran
    ·         Berkeyakinan tinggi terhadap diri dan pengetahuan yang sedia ada.
    ·         Elak menggunakan wacana seperti ‘eh’ , ‘em’ atau ‘ya’ 
    ·         Sampaikan syarahan mengikut tempoh sederhana, elakkan terlalu laju atau perlahan.
Nada dan Intonasi
    ·       Suara sedap didengar dan menarik.
    ·         Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu.
Misalnya :
Ø  Nada tinggi dan bersemangat : apabila hendak menarik minat atau perhatian
Ø  Nada sederhana tetapi mesra : apabila memujuk
Ø  Nada propaganda : apabila hendak mempengaruhi pendengar
Ø  Nada tinggi dan lantang : apabila hendak membakar emosi pendengar
Kecekapan Berbahasa 
    ·         Syarahan yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah.
·         Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik :
Ø  Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.
Ø  Aras bahasa bersesuaian dengan audien.
Ø  Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam syarahan untuk menarik minat audien. Contohnya pantun, bahasa kiasan, peribahasa dan juga perumpamaan.
Ø  Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik minat.
Ø  Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien.
Ø  Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab.
Gaya penyampaian 
    ·         Gerak tangan, mata dan badan hendaklah diselaraskan untuk menekankan fakta.
    ·         Jangan kaku atau beraksi berlebihan.
    ·         Mimik muka ikut penekanan suara iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah, marah        apabila emosi tinggi.
    ·         Pandang tepat kea rah audien untuk mewujudkan ‘eye contact’ yang sesuai. 
    ·         Selitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan tunjukkan wajah yang terlalu serius.
    ·         Pakaian kemas dan sesuai dengan majlis.

                                                       PERBAHASAN

Syarat-syarat perbahasan 

    ·         Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta utama (seorang ketua & 2 orang pembantu) & seorang simpanan.
    ·         Peserta pertama diberikan masa selama 7 minit.
    ·         Peserta kedua diberikan masa selama 6 minit.
    ·         Penggulung diberikan masa selama 7 minit.
    ·         Penggulung ialah peserta pertama bagi setiap pasukan.
    ·         1 minit sebelum masa tamat, loceng amaran akan dibunyikan sekali apabila masa sudah tamat loceng akan dibunyikan 2 kali, markah tidak akan diberikan kepada sebarang hujah yang disampaikan oleh pembahas setelah loceng penamat dibunyikan.
    ·         Pembahas tidak dibenarkan mengkritikan peribadi pihak lawan, orang tertentu, agama dan kebudayaan sesuatu kaum tertentu serta mengemukakan isu-isu sensitif, markah akan ditolak sekiranya pembahas melanggar peraturan ini.
    ·         Pengerusi berhak menegur sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan tersebut, sekiranya pembahas tidak menghiraukan tegurannya, pengerusi berhak menghentikan perbahasan pembahas itu.
    ·         Jika berlaku gangguan ke atas pembahas seperti pitam, pengerusi boleh menangguhkan perbahasan selama 5 minit, selepas tempoh tersebut dan di dapati peserta masih tidak dapat meneruskan, peserta simpanan akan dibenarkan untuk menggantikan tempat peserta tersebut dan markah peserta simpanan akan diambil kira.

Ciri-ciri pembahas terbaik

Keilmuan
    ·         Memahami tajuk dengan jelas iaitu isi, fakta, contoh dan bukti perlu dikuasi
    ·         Analisis tajuk dengan teliti

Kecekapan berbahasa
    ·         Disarankan supaya dapat menguasai tatabahasa dengan baik.
    ·         Mahir menggunakan bahasa yang bertatasusila supaya dapat menyampaikan maksud dengan jelas dan tepat.
    ·         Bahasa yang digunakan mudah difahami dan tidak mengelirukan.

Gaya penyampaian
    ·         Lancar semasa berhujah
    ·         Kesesuaian nada dan intonasi dititikberatkan
    ·         Kawal emosi dan pandai sesuaikan mimic muka serta gerak lakunya dengan keadaan.

Persiapan rapi
    ·         Persediaan sebelum memulakan ucapan.
    ·         Kecekapan berbahasa dalam bahasa yang digunakan.
    ·         Pengetahuan yang mendalam.
    ·         Sikap suka bertanya, suka mendengar, berfikiran kritis.

Mencungkil maklumat
·         Peter drucker :
“Maklumat adalah kuasa, setiap daripada kita perlu bertanggungjawab memperoleh kerana maklumat adalah alat utama bagi melakukan segala-galanya.”
    ·         Pembahas perlu mencari hujah-hujah yang menyakinkan para pendengar.

Memancing pendengar
    ·         Ucapan dimulakan dengan ungkapan-ungkapan yang dapat menarik perasaan dan hati para khayalak.
    ·         Fokus “siapa yang akan hadir”

Mengadun maklumat
    ·         Mengumpul maklumat, data dan statistic.
    ·         Hubungkaitkan maklumat-maklumat itu.

Menfokuskan kepada tema
    ·         Penting, tidak lari daripada tema, masa, dan juga khayalak. 
    ·         Mencari beberapa maklumat daripada pelbagai sumber.

Mendapatkan apresiasi dengan tepukan gemuruh
    ·         Satu penghargaan daripada pendengar.
    ·         Perlu bersedia dengan statistic, anekdot, contoh, perbandingan dan retorik.
    ·         Jangan ambil contoh, statistic yang salah dengan tema ucapan.
    ·         Contohnya
Ø  Tema : penagih dadah di Malaysia (Perlu dapatkan statistic terperinci dari KKM)

Statistik dan Anekdot
    ·         Data yang sebenar (bil/peratus dan tinggi/rendah)
    ·         Sec tidak langsung meningkatkan kepercayaan pendengar.
    ·         Anekdot merupakan cerita @ peristiwa yang digunakan untuk mengukuhkan lagi ucapan.

Contoh dan Perbandingan
    ·         Kita perlu memberi contoh yang boleh menyentuh perasaan dan lebih kepada perubahan positif.

Bermain dengan Retorik
    ·         Retorik ialah ungkapan-ungkapan yang diulang-ulang, ditekankan maksud yang hendak serta dengan menaikkan semangat khalayak yang mendengar.
    ·         Contohnya :
Ø  Ketika kempen pilihanraya
Ø  Perhimpunan “sempena peperiksaan yang bakal dihadapi pelajar”

                                                               FORUM

  Ø  Sebuah majlis perbincangan mengenai sesuatu perkara dan persoalan.
  Ø  Khalayak bertukar-tukar pendapat dengan penceramah
  Ø  Dikawali oleh seorang fasilitator.
  Ø  Lazimnya terdapat 3 atau 4 penceramah.
  Ø  Bentuk-bentuk forum :
         1.      Forum Panel
         2.      Forum Perbahasan
         3.      Forum Temu Ramah
         4.      Forum Kuliah
         5.      Forum Simposium

Forum Panel
    ·         3-5 orang panel
    ·         Tajuk diberikan terlebih dahulu untuk membuat persediaan
    ·         Semasa forum berlangsung, pengerusi mengemukakan persoalan untuk memudahkan panel-panel membentangkan pendapat mereka.
    ·         Akhir forum, pengerusi mebuka majlis untuk penonton menanyakan soalan/pandangan.
·         Pengerusi membuat kesimpulan.

Forum Perbahasan
    ·         4 orang ahli panel.
    ·         Tajuk bersifat kontroversial.
    ·         Tajuk diberikan terlebih awal kepada panel untuk membuat persediaan.
    ·         Semasa forum, panel bergilir-gilir bentang hujah mereka menerusi pengerusi forum.

Forum Temu Ramah
    ·         Mirip kepada aktiviti menemuramah seseorang tokoh.
    ·         Biasanya pakar rujuk dijemput untuk menyampaikan pendapat dan fakta secara spontan melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengerusi.
    ·         Selepas itu, sesi soal jawab diadakan antara penonton dengan pakar.

Forum Kuliah
    ·         Seorang pakar dijemput untuk sampaikan kuliah.
    ·         Selepas itu, penonton akan berinteraksi sesama sendiri.

Forum Simposium
    ·         3 atau 4 orang ahli
    ·         Setiap ahli diberikan tajuk untuk sediakan kertas kerjas.
    ·         Selepas itu, bentang kertas kerja secara bergilir-gilir. 
    ·         Pengerusi membuka majlis soal jawab.

  MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD RAMLI

                                                     17100439 – SIJIL PENGAJIAN ISLAM

                                                                                          BAHASA KEBANGSAAN 2017/2018                                                                                                                                                                                        Wallahuk’lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bab 1: Asal Usul Bahasa Melayu

                                                        ASAL USUL BAHASA MELAYU ➥   DEFINISI BAHASA      Beberapa definisi ...