Khamis, 14 September 2017

Bab 13 : Bentuk & Jenis Kesantunan

                               Bentuk & Jenis Kesantunan

3.1 Kesantunan verbal

          Pada umumnya, kesantunan bahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan dalam berbahasa semasa berkomunikasi sama ada melalui lisan, perlakuan atau tulisan kepada sesiapa sahaja.

          Kesantunan berbahasa amat penting dan mesti diamalkan oleh setiap masyarakat di negara yang berbilang kaum ini, Malaysia. Bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku penutur seseorang. Oleh itu, kesantunan berbahasa seharusnya diamalkan bukan sahaja dalam konteks komunikasi bukan lisan tetapi juga dalam konteks komunikasi secara lisan.  

Verbal merupakan perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud lisan.

          Konsep kesantunan bahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan. Kesantunan verbal perlulah sentiasa ditonjolkan ketika bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umum dan sebagainya. Kita dapat lihat dengan jelas bahawa komunikasi senantiasa ditunjukkan melalui media massa seperti radio, televisyen, internet, pengucapan awam dan juga ceramah.
            
          Setiap kaum di Malaysia amat mementingkan kesantunan bahasa disebabkan agama masing-masing dan ajaran yang baik daripada ibu bapa telah ditengahkan dalam jiwa mereka. Sebagai contoh, bertegur sapa atau bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu dengan sahabat atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain.

"Apa khabar?"  ...... "Khabar baik."
"Selamat pagi, tuan."  ...... "Selamat pagi."
"Terima kasih." ...... "Sama-sama."

          Selain itu, senyuman juga merupakan suatu kesantunan bahasa yang dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Sambil tersenyum sambil berbual mesra supaya orang akan berasa gembira, senang hati dan selesa untuk terus berbicara. Pada masa yang sama, rakan yang berbual akan membuat tanggapan yang positif bahawa orang tersebut bercakap dengan ikhlas dan jujur. Pergerakan badan, ekspresi wajah dan postur badan juga penting untuk menerangkan sesuatu dengna lebih mendalam tentang sesuatu konsep yang hendak disampaikan. Dengan ini, senyumlah, memulakan masyarakat yang sejahtera lagi harmoni.

Aspek-aspek Kesantunan Verbal
  •       Ciri kesantunan berbahasa : Penggunaan kosa kata atau ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan juga keakraban hubungan.
  •       Bahasa istana juga digunakan oleh dalam percakapan raja-raja dan juga permaisuri. Antara ungkapan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih dan lain-lain lagi.
  •         Dalam kehidupan setiap hari, kata dan ungkapan bertatasusila sering digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Semasa menaiki kereta kawan, kita selalunya akan bertegur sapa dengan waris tersebut sebagai tanda kehormatan terhadap mereka. Selepas turun dari kereta, kita juga akan mengucapkan terima kasih kepada mereka.


Sistem Panggilan Kekeluargaan

a. Panggilan kekeluargaan pertalian darah
            Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.

b. Panggilan dalam keluarga
            Long, Ngah, Lang, Anjang, Andah, Teh, Tam, Cik, Usu/Uda.

c. Gelaran warisan
            Pangeran, Tengku, Megat dan Puteri, Syarif, Syeikh, Siti, Raden, Daeng, Teungku.

d. Gelaran kurniaan
            Tun, Puan Sri, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Pendeta Za'aba.


3.2 Komunikasi Nonverbal

          Komunikasi nonerbal merupakan komunikasi yang tanpa kata-kata ataupun dikatakan dalam bahasa badan dan tubuh. Bahasa badan termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak-geri, rupa muka, gerak mata, sentuhan, suara dan juga kadar kelajuan bercakap. Secara ringkasnya, komunikasi bukan verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi kecuali percakapan. Tujuan berkomunikasi bukan verbal adalah untuk menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui percakapan atau penulisan. Komunikasi melalui badan tubuh ini dapat menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan juga status sosial seseorang.

Fungsi Komunikasi Nonverbal

     a) Pengulang - untuk mengulang mesej yang disampaikan secara verbal
     b) Penggantian - menggantikan verbal dengan simbol atau lambang.
     c) Kontradiksi - untuk menolak sesebuah pesan verbal dengan makna lain
     d) Pelengkap - melengkapkan dan menyatukan bahasa
     e) Penegasan - menegaskan dan mengukuhkan bahasa

Aspek-aspek Kesantunan Nonverbal

            i) Gerakan Anggota Badan
            ii) Gerakan Mata
            iii) Gerakan Tangan


3.3 Kesantunan Lisan

          Komunikasi lisan ialah komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung dalam perbualan.  Komunikasi lisan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain dan juga menjalinkan hubungan peribadi masing-masing. Kesantunan lisan ini selalunya dapat dilihat dengan jelas dalam aktiviti seperti perbualan wawancara, ucapan, pengacara majlis, mesyuarat ataupun pertemuan dengan tetamu.

Kesantunan dalam lisan melibatakan : 

  • Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus.
  • Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila


Bentuk kesantunan lisan :

  • Rasmi - mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum
  •  Tidak rasmi - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi


2) Berdasarkan hasil pembacaan anda, huraikan kesantunan lisan dengan merujuk kepada masyarakat majmuk di Malaysia.

          Dari segi kesantunan lisan di Malaysia, kita dapat lihat banyak contoh dalam pergaulan seharian rakyat. Contohnya, dalam keadaan formal, kita akan menggelar orang yang lebih tua sebagai Encik, Cik, Tuan, dan Puan. Dalam keadaan tidak formal pula, Pak cik, Mak cik, ataupun Kak digunakan untuk menggelar seseorang. Dengan memberikan gelaran ini, kita menunjukkan tanda kehormatan dan perbezaan kedudukan. Dalam istana, perkataan seperti Tuanku, bersiram, junjung kasih, dan lain-lain lagi telah digunakan untuk tujuan hormat. Setiap masyarakat di Malaysia akan membongkokkan badan dan mengatakan "Tumpang lalu" untuk meminta jalan apabila menganggu perbualan orang lain. 


3.4 Kesantunan Penulisan

          Komunikasi bertulis perlu difikirkan secara serius oleh penyampai sebelum sesuatu mesej kerana mesej yang dikatakan tidak boleh diubah lagi.

Bentuk Komunikasi Bertulis (Perlu diberikan perhatian)

a) Penggunaan kata panggilan yang betul
b) Kata sapaan yang betul
c) Gaya bahasa yang betul
d) Permilihan kata dan ayat yang sesuai dalam konteks
e) Isi yang tidak sensitif

Bentuk Komunikasi Bertulis Secara Formal

  •      Surat rasmi
  •      Laporan
  •      Kertas Kerja
  •      Ucapan rasmi
  •      Minit Mesyuarat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bab 1: Asal Usul Bahasa Melayu

                                                        ASAL USUL BAHASA MELAYU ➥   DEFINISI BAHASA      Beberapa definisi ...