Definisi Laras Bahasa
Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa.Asmah
Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus
dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya.
Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara
penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang
ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi.
Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan
ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan
untuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat dikatakan
bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk situasi-situasi yang
berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan
situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka.
Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai ‘jenis-jenis bahasa
yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan’.
Sementara Hill dalam satu makalahnya Institutional
Linguistics(1958) mengesorkan klasifikasi laras mengikut matra gaya, genre, dan
cara iaitu style, genre, dan mode. Joos pula (1962) melihat laras bahasa dari
dimensi formaliti telah menegaskan gaya dengan membahagikan dengan lima jenis
bahagian iaitu beku, formal, rundingan, selamba, dan intim dalam tulisannya The
Five Clocks.
Halliday (1968) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi
bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Beliau melihat laras dari tiga dimensi
iaitu :-
§ tajuk wacana
§ cara penyampaian
§ gaya penyampaian.
Tiga Dimensi Laras (Halliday)
|
|
Tajuk wacana
|
Merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi,
perubatan, sukan, pendidikan, matematik dan sebagainya.
Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis
ayat dan ragam ayat yang digunakan.
Jika wacana merupakan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak
digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan.
Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola
sepak , ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak
digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.
|
Cara penyampaian
|
Sama ada wacana berkenaan disampaiakn secara lisan atau tulisan.
Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan,
perbahasan dan khutbah atau doa.
Jika tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat
peribadi, memorandum atau iklan.
|
Gaya penyampaian
|
Mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam
situasi formal atau tak formal.
Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang
formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif.
|
Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial. Sesuatu
laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Seseorang
pengguna bahasa menggunakan laras yang berbeza-beza bagi situasi yang
berlainan, mengikut kesesuaiannya. Pilihan laras amat luas, misalnya laras
apabila bercakap dengan rakan sepejabat tentang hal-hal pekerjaan; laras dengan
majikan; laras dalam suasana rumah tangga, misalnya antara suami isteri, dengan
anak-anak, dengan mertua dan dengan sanak saudara; laras sewaktu menulis
laporan atau minit mesyuarat; dan laras sewaktu tawar-menawar di pasar. Jumlah
laras seseorang itu menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya dan peranan
yang dimainkan olehnya dalam masyarakat.
Ciri-ciri Laras Bahasa
Ferguson (1968) sewaktu membincangkan ciri-ciri bahasa yang telah
maju, mengatakan bahawa salah satu ukuran untuk menentukan taraf kemajuan ialah
menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan.
Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar,
iaitu laras biasa dan laras khusus.
Laras
biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum
seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan
penerangan (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Ø Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami,
tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.
Ø Gaya ayat sederhana, ringkas dan padat.
Ø Struktur ayat mudah, contohnya: Di larang memijak
rumput.
Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.
Laras Bahasa Biasa
|
|
Formal/Rasmi
|
Tak Formal
|
Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.
|
Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama
ada pengguguran subjek, predikat, objek.
|
Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti
ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana,
laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras
khusus ialah:
v kosa kata
v tatabahasa
v gaya
Perbezaan antara laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus :
Golongan laras
|
Bidang
|
Situasi
|
Contoh Bahan
|
Biasa
|
Hiburan
Pengetahuan
Maklumat
Upacara/.Majlis
|
Khalayak Umum
|
Berita, laporan. iklan, surat peribadi
Ucapan syarahan
Acara majlis umum
Doa, khutbah
|
Khusus
|
Doa-khutbah
Teknikal
Ilmiah
|
Khalayak Umum
|
Acara majlis rasmi
Rencana, ekonomi, undang-unang, fizik, kimia, dan lain-lain.
Tesis, rencana matematik, biologi, Fizik, Kimiz, Lukisan
Kejuruteraan dan sebagainya.
|
Jenis-jenis Laras Bahasa Berserta Contoh
.
1.Laras Biasa
Laras ini merupakan penggunaan bahas yang tidak membabitkan
sebarang bidang ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan
seharian. Oleh itu, laras biasa tidak mengandungi istilah atau pola yang
khusus.
Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?
2.Laras Bahasa Perniagaan
v Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya
bidang
perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan
perdagangan.
Contoh: Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi
di luar
jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi
setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi
keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu
v Laras jenis ini kebiasaanya digunakan untuk
mengiklankan jenama barangan yang ingin dijual. Gaya bahasa yang
digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi cara
penyampaian yang menarik sekali.
v Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.
v Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan
tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindakan.
v Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya
, disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.
v Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti
berikut:
(a) Slogan: Kami Ada Cara
(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(D) Perisytiharan: Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.
3.Laras Bahasa Akademik
Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian
berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranaya laras sains,
laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya. Laras ini kemudiannya
terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang
akademik. Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi
dan fizik.
Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan
kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang
berkenaan.
Contoh dalam bidang ekonomi : Perubahan dalam pola
guna tenaga merupakan gejala yang umum dalam proses pembangunan ekonomi.
Lebihan buruh daripada sektor pertanian yang mempunyai daya pengeluaran
marginal yang rendah semakin ramai diserap ke dalam sektor industri yang
mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.
Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel
kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan
kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di
bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali.
Contoh laras bahasa sains dalam bidang geokimia : Sejauh
mana pencarian OH atau H20 pada permukaan bergantung pada pH, seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 8.11 dan seperti yang diramalkan daripada persamaan
8.21.
4.Laras Bahasa Undang-Undang
Merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam
bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini, laras
undang-undang lebih bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal.
Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak
bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang
dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.
Contoh: Barangsiapa yang:-
a)memberikan kepadanya dirinya sendiri @ menyiksa mana-mana orang lain
bertentangan dengan peruntukan seksyen 14 dengan memberikan kepadanya dadah
berbahaya yang ditetapkan di bahagian 3 dan 4 dari jadual pertama atau
b) dijumpai berada di mana-mana premis yang telah di khaskan atau
di gunakan untuk mana-mana tujuan seperti yang telah di tetapkan dalam seksyen
13 supaya mana-mana dadah berbahaya tersebut boleh diberikan atau atu di hisap
atau dengan kaedah lain olehnya adalah bersalah atas suatu kesalahan terahdap
akta ini dan jika disabitkan hendaklah di denda tidak lebih dari lima ribu
ringgit atau di kenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada 2 tahun.
5.Laras bahasa media
Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya
penggunaan imbuhan dan kata hubung.
Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri,
lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei
dan karya ilmiah.
Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan
sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan
besar pembaca akhbar.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik
ialah:
o Pertama - bahasa yang digunakan mudah.
o Kedua - gaya tulisan yang jelas dan
o Ketiga - isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab
akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan
bahasa kegunaan orang ramai.
Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu
peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang
maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan penonton
Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia
1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional
malam tadi.
Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan
petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.
6.Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif,
dramatik dan puitis.
Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif: kabur mesej
b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan
sebagainya.
d. menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan,
peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita
sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej
yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan
metafora.
Contoh novel : Perkarangan tempat menunggu di Unit Kecemasan Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia kelihatan lengang. Qasdina yang sudah hampir 15
minit tiba, sekadar menyepikan diri di deretan bangku-bangku kosong yang
terdapat di situ. Air matanya sudah lama kering. Penantiannya bagaikan tiada
jawapan.
7.Laras Bahasa Agama
Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
Contoh (doa) : Wahai Tuhan kami,kami meminta daripada Engkau
kesejahteraan dalam agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, keampunan
sebelum mati, rahmat pada kala mati, dan keampunan selepas mati. Wahai
Tuhan kami, senangkanlah kami waktu menghadapi kematian dan lepaskan kami dari
neraka dan anugerahi kami kemaafan pada waktu perkiraan.
8.Laras Bahasa Sukan
Berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan kegiatan sukan.
Contoh : Sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan
yang paling digemari oleh pihak penganjur dan para peserta dalam permainan
sukan berpasukan. Dalam sistem ini setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak
yang mungkin dengan pasukan yang lain bergantung kepada bilangan ahli kumpulan
masing-masing.
9.Laras Bahasa Sains Komputer
Mengandungi istilah-istilah berkaitan dengan peranti komputer dan
siber.
Contoh : Aktiviti penyelenggaraan komputer peribadi (PC)
sering dianggap remeh, kerana sifatnya yang agak membosankan meskipun aktiviti
ini penting. Seperti perkakasan, senggaraan secara berterusan juga perlu untuk
perisian ,sisitem operasi
(OS), program dan data
Tiada ulasan:
Catat Ulasan