Bentuk Ayat
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )
PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masingmasing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patch kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampirhampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.
9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
11. Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti
yang berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk, antara yang lain-lain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
14. Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
15. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
16. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
19 Kata hubung majmuk, antara yang lainlain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
Tugasnya
20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
(a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
air (kata nama) + mata (kata nama)
|
air mata (kata nama)
|
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)
|
lemah lembut (kata adjektif)
|
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)
|
mogok duduk (kata kerja)
|
dari (kata sendi) + pada (kata sendi)
|
daripada (kata sendi)
|
(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya)
|
apabila (kata nama)
|
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)
|
alim utama (kata nama)
|
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama)
|
gulung tikar (kata kerja)
|
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)
|
tumbuk rusuk (kata nama)
|
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)
|
cerdik pandai (kata nama)
|
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)
|
lalu lintas (kata nama)
|
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama)
|
banyak mulut (kata adjektif)
|
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif)
|
lambat laun (kata keterangan)
|
Maknanya
21. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:
(a) kata majmuk wajar;
(b) kata majmuk kiasan
22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
23. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada katakata yang menjadi komponennya.
Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.
Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal
|
gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak
|
kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air
|
24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa
|
darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air
|
hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk
|
Susunan Dalam Ayat
SUSUNAN KONSTITUEN AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal dibina oleh dua konsituen, iaitu subjek dan predikat.
Contoh:
Ayat tunggal dibina oleh dua konsituen, iaitu subjek dan predikat.
Contoh:
- (Ali) (suka
makan nasi goreng berlada).
- (Kereta
itu) (baru sahaja dibeli oleh ayah).
Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu;
i). Susunan biasa
ii). Susunan songsang
Susunan Biasa
Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat, seperti dalam contoh-contoh berikut:
i). Susunan biasa
ii). Susunan songsang
Susunan Biasa
Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat, seperti dalam contoh-contoh berikut:
- Seorang
guru telah memenangi hadiah itu.
- Beberapa
buah bangunan musnah dalam kebakaran itu.
- Semua pelajar
kita berjaya dalam peperiksaan tahun lalu.
- Setiap
tuntutan akan mendapat layanan.
- Mereka
semua sudah lama menetap di Malaysia.
- Setengah-setengah
bangunan itu masih kukuh lagi.
- Kebanyakan
calon tidak memahami soalannya.
- Hampir
semua pekarja telah hadir dalam majlis tersebut.
- Negeri-negeri
pantai timur masyhur dengan perusahaan kraftangan.
- Penyalahgunaan
dadah dapat melemahkan tenaga pekerja negara kita.
Ayat susunan biasa yang menggunakan kata penegas seperti -lah,
-tah, -kah. Dalam penggunaannya, konstituen yang menerima kata penegas akan
mengalami proses pendepanan, seperti dalam contoh berikut:
1. (a). Bapa saya dia.
(b). Dialah bapa saya.
2. (a). Adik kami datang semalam.
(b). Datangkah adik kami semalam?.
3. (a). Daya kita apa?
(b). Apatah daya kita?.
Dalam ayat sunusnan biasa, Kata penekan yang biasa digunakan ialah
pun-, jua-, juga, sahaja dan lagi.
Contoh;
- Pengawai
itu pun tidak melayan kita.
- Saya ingin
juga ke sana.
- Kita
meminta rahmat daripada Allah jua.
- Sepanjang
hari dia mengelamun sahaja.
- Orang itu
tidak akan datang lagi.
Susunan Songsang.
Ayat tunggul boleh juga wujud dalam susunan songsang melalui proses
pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan songsang konstituen predikat akan
dipindahkan ke hadapan subjek ayat. Unsur yang dipindahkan ke hadapan itu mesti
diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan predikat iaitu;
a. Pendepanan seluruh predikat.
Seluruh konstituen predikat di bawa ke hadapan mendahului subjek.
- Perangainya baik
sungguh.
- (Baik
sungguh perangainya.)
- Pendaki
itu berjaya juga akhirnya.
- (Berjaya
juga akhirnya pendaki itu.)
- Orang
itu sangat rajin.
- (Sangat
rajin orang itu.)
- Rasa buah
itu enak sekali.
- (Enak
sekali Rasa buah itu.)
- Penyesalannya tidak
berguna lagi.
- (tidak
berguna lagi penyesalannya.)
- Ayam itu
sudah mati agaknya.
- (Sudah
mati agaknya ayam itu.)
- Pegawai
itu masih belum sampai.
- (Masih
belum sampai pegawai itu.)
- Ahmad
sungguh bernasib baik.
- (Sungguh
bernasib baik Ahmad)
- Surat itu
dari seberang laut agaknya.
- (Dari
seberang laut agaknya surat itu.)
- Bapanya petani.
B. Pendepanan sebahagian daripada predikat.
i. Pendepanan frasa kerja
Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu:
- kata kerja
sahaja
- Kanak-kanak
itu berkejaran-kejaran di padang.
- (Berkejar-kejaran kanak-kanak
itu di padang.)
- Hati
saya terkilan tadi.
- (Terkilan hati
saya tadi.)
- Mereka bekerja setiap
hari.
- (Bekerja mereka
setiap hari.)
- Dia terduduk di
situ.
- (Terduduk dia
di situ.)
- Bayi
itu menangis setiap malam.
- (Menangis bayi
itu setiap malam.)
- kata kerja
dengan objek
- Dia
membaca buku di perpustakaan.
- (Membaca
buku dia di perpustakaan.)
- Pak Abu
menanam jagung tahun ini.
- (Menanam
jagung Pak Abu tahun ini.)
- Hatiku
terpaut oleh kemesraannya.
- (Terpaut
hatiku oleh kemesraannya.)
- Sampah itu
dibakarnya.
- (Dibakarnya
sampah itu.)
- Budak-budak
itu kena pukul kelmarin.
- (Kena pukul budak-budak itu kelmarin.)
- kata bantu
dengan kata kerja
- Budak-budak
itu masih bermain.
- (Masih
bermain budak-budak itu.)
- Anaknya
belum sampai ke sekolah.
- (Belum
sampai anaknya ke sekolah.)
- Mereka
akan pergi ke Melaka pagi esok.
- (Akan
pergi mereka ke Melaka pagi esok.)
- Guru itu
sedang mengajar.
- (Sedang
mengajar guru itu.)
- Keluarga
itu pernah berkunjung ke ibu kota.
- (Pernah
berkunjung keluarga itu ke ibu negara.)
ii. Pendepanan frasa adjektif
- Dia sakit
pada masa itu.
- [Sakit dia
pada masa itu.]
- Badannya
lesu sepanjang masa.
- [Lesu
badannya sepanjang masa.]
- Calon itu
baik dalam semua pelajarannya.
- [Baik
calon itu dalam semua pelajarannya.]
- Pesakit
itu lumpuh dengan tiba-tiba.
- [Lumpuh
pesakit itu dengan tiba-tiba.]
- Orang itu
bijak.
- [Bijak
orang itu.]
- Pendepanan
Kata Bantu dengan Adjektif
1.
Barang itu belum tentu baik.
2.
(Belum tentu baik barang itu.)
3.
Bangunan itu masih teguh lagi.
4.
(Masih teguh lagi bangunan itu.)
5.
Pesakit itu sedang sakit tenat.
6.
(Sedang sakit tenat pesakit itu.)
7.
Anak pendeta itu sudah tentu pandai.
8.
(Sudah tentu pandai anak pendeta
itu.)
iii. Pendepanan frasa sendi nama
- Frasa
sendi nama sebagai predikat.
- Barang-barang
itu untuk ibu.
- [Untuk ibu
barang-barang itu.]
- Surat itu
tentu daripada Ali.
- [Tentu
daripada Ali surat itu.]
- Arahan itu
tetap kepada pekerjanya.
- [Tetap
kepada pekerjanya arahan itu.]
- Tiket
basnya masih pada saya.
- [Masih
pada saya tiket basnya.]
- Dia di
Kuala Lumpur dia sekarang.
- [Di Kuala
Lumpur dia sekarang.]
- Frasa
sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
- Saya
berpegang pada janji.
- [Pada
janji saya berpegang.]
- Kaum
muslimin wajib bertawakal kepada Allah.
- [Kepada
Allah kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.]
- Perarakan
itu menghala ke bandar.
- [Ke bandar
perarakan itu menghala.]
- Pejuang-pejuang
itu merempuh ke dalam kota.
- [Ke dalam
kota pejuang-pejuang itu merempuh.]
- Kami
mengait buah itu dengan galah.
- [Dengan
galah kami mengait buah itu.]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan