1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek
dan predikat.
2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).
4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan
intonasi atau nada yang sempurna.
Contoh :
subjek
|
predikat
|
1. Afendi
2. Kakak
3. Ibrahim
4. Zulkfli
5. Ayam itu
|
guru
menyapu sampah.
bermain bola sepak.
Minum teh
asyik berkokok.
|
Ragam Ayat
1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa
Malaysia, iaitu:
(a) ayat penyata;
(b) ayat tanya;
(c) ayat perintah;
(d) ayat seruan.
2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:
(a) Ayat penyata
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang
sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat
Keterangan.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau
menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan
sebagainya.
Contohnya:
i. Kakak sedang menyiram bunga.
ii. Lembu itu akan dijual.
Budak-budak itu bermain di tepi longkang.
(b) Ayat tanya
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara,
tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Contohnya
i. Berapakah harga kasut itu?
ii. Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa,
bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat
penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?
(c) Ayat perintah
1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang,
mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan
sesuatu.
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan
Contohnya:
a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
Turunlah dari sini sekarang juga.
Cuci kasut kamu. (suruhan)
b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bungs itu.(Iarangan)
d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan
ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
Jemputlah menikmati
Datanglah ke rumah saya. (silaan)
(d) Ayat seruan
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti
takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan
sebagainya.
Contohnya:
i. Amboi,
cantiknya baju kamu!
ii. Aduh,
sakitnya perut aku!
Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi
mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan
ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men.
Contohnya:
(a) Emak memasak nasi. dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
2. Ayat pasif ialah
ayat yang kerjanya……
(a) tidak
berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama dan kata
ganti diri kedua. Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.
ii. Borang itu perlu anda isi.
(b) berawalan di
dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri
ketiga. Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a) ayat pasif
diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan
didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan
sebagainya.
(b) ayat pasif
diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan
didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan
sebagainya.
(c) ayat pasif
diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di, diikuti kata
sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia,
beliau, baginda, dan sebagainya.
4. Keduadua ayat
aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya
berbeza.
Contohnya:
Ayat Aktif
|
Apt Pasif Diri Pertama
|
(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.
|
(a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.
|
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif Diri Kedua
|
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.
|
(a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.
|
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif Diri Ketiga
|
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya
bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai
supaya beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju.
|
(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya
bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.
|
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif
|
1. Ali membaca buku itu.
2. Ibu memasak nasi lemak.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.
5. Yusof membawa kerusi patah.
|
Buku itu dibaca oleh Ali.
Nasi lemak dimasak oleh ibu.
Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
Kerusi patah dibawa oleh Yusof
|
3 .Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
- Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula
secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.
Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah
maksud asalnya.
2. Dalam
penulisan, tanda petik
("...")
digunakan untuk cakap ajuk.
3. Cakap pindah
ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa
tanpa mengubah maksudnya.
4. Tanda petik
("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
5. Perhatikan
perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.
Cakap Ajuk
|
Cakap Pindah
|
1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagaimana
asalnya dituturkan.
2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan.
3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri
dengan tanda penutup kata ( “ …….. “ )
|
1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan
semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan.
2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan-perkataan
dalam ayat.
3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan perkataan sama.
|
|
|
6. Apabila
menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara-perkara
berikut perlu diubah atau diberi perhatian.
Cakap Ajuk
|
Cakap Pindah
|
saya, aku, hamba
beta
kami, kita
anda, awak, kamu, engkau
dia
beliau
mereka
ini
itu
sini
begini
demikian ini
sekarang
malam tadi
semalam
hari
ini
esok
|
dia, ia, nya, beliau
baginda
mereka
saya, dia, nya
dia
beliau
mereka
itu
itu
situ, sana, tempat itu
begitu
demikian itu
masa itu, ketika itu
malam semalamnya
semalamnya
hari itu
esoknya, keesokan harinya, hari itu
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan