Khamis, 14 September 2017

Bab 9 : Frasa & Klausa

                                                                     FRASA


  1. Frasa ialah unit tatabahasa yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang- kurangnya satu atau dua perkataan         yang      berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
      2. Frasa menjadi subjek atau predikat dalam binaan ayat serta menjadi konstituen atau binaan                 kepada klausa.
Frasa ada 4 jenis:

Frasa Nama
Frasa Kerja
Frasa Adjektif (Sifat)
Frasa Sendi Nama
Contoh:
·         Guru
·         Ibu
·         Bapa
·         Pelajar
·         Sekolah
·         Universiti
·         Kucing
·         Almari
·         Meja
·         Kipas
·         Lalat
·         Gagak
·         Hutan
·         Nelayan
·         Jururawat
·         Adik
·         Buku
·         Kuih
·         Abang
·         Datuk
·         Menteri Besar
·         Surat
·         Juruterbang
·         Pengemis
·         Wartawan
Contoh:
·         berlari
·         melompat
·         tidur
·         menangis
·         makan
·         memasak
·         mandi
·         menangkap
·         mengajar
·         terbang
·         berpusing
·         merangkak
·         memanjat
·         merayau-rayau
·         mengejar
·         mengait
·         melalak
·         mengiau
·         menunjuk
Contoh:
·         tinggi
·         rendah
·         merah
·         biru
·         gemuk
·         bulat
·         luas
·         busuk
·         degil
·         malas
·         muram
·         kacak
·         cantik
·         penat
·         baik
·         buruk
·         kecil
·         rajin
·         indah
Contoh:
·         di
·         ke
·         dari
·         daripada
·         kepada
·         pada
·         untuk
·         dalam

                                                                    KLAUSA

Klausa ialah satu unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat dan menjadi unsur kepada ayat. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

a) Klausa bebas / klausa utama
- ia boleh berdiri dengan sendiri sebagai ayat yang lengkap sekiranya disertai oleh intonasi yang sempurna.

b) Klausa tidak bebas
- ia tidak dapat berdiri sendiri kerana kekurangan subjek atau predikat atau kata hubung yang mengikat klausa berkenaan
Contoh : Kamu mesti belajar untuk mencapai kejayaan
Kamu mesti belajar à klausa bebas
untuk mencapai kejayaan à kalusa tidak bebas

Klausa

Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.
Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsure utama yang wajib untuk status ayat.
Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas.

-Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut:

Klausa
Ayat
Subjek
Predikat
Subjek
Predikat
budak itu
mendengar radio
Budak itu
mendengar radio
ujian tadi
amat susah
Ujian tadi
amat susah
jambatan itu
jambatan kayu
Jambatan itu
jambatan kayu
mereka
ke pantai
Mereka 
ke pantai

Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali.
Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan nokhta, manakala klausa tidak.

Klausa Tak Bebas

- Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat.
Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.

Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan denganteliti terlebih dahulu.
Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga.
Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.
Kalau hujan turun berlarutanpenoreh getah akan menghadapi masalah kewangan.

Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancanan dan ayat campuran.

Ini kerana ayat-ayat ini mempunayi dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas.Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bab 1: Asal Usul Bahasa Melayu

                                                        ASAL USUL BAHASA MELAYU ➥   DEFINISI BAHASA      Beberapa definisi ...