Khamis, 14 September 2017

Bab 8 : Definisi Ayat , Binaan Ayat , Pola Ayat Dasar

                                                     DEFINISI AYAT

Ayat merupakan unsur penting dalam kajian bahasa. Setiap bahasa mempunyai ayat yang berbagai-bagai bentuk dan bilangan yang tidak terhad. Unsur yang terkandung dalam ayat ialah klausa dan bilangan klausa dalam sesuatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut, sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.

Pada umumnya, ayat hanya terdiri daripada dua bentuk, iaitu ayat dasar yang disebut juga sebagai ayat inti dan ayat terbitan. Ayat terbitan ialah ayat yang dihasilkan daripada ayat dasar melalui proses perluasan, pengguguran dan penyusunan semula unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu ayat dasar.

Ahli-ahli bahasa tempatan telah memberikan takrif yang hampir serupa tnetang ayat, Antara takrif yang diberikan adalah seperti yang berikut :


"Ayat ialah unit yang terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. Sebagai unit tatabahasa yang terbesar dan sempurna, ia tidak mungkin menjadi unsur daripada unit yang lebih besar dalam tatabahasa. Satu ayat boleh dibina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil: klausa, rangkai kata, kata dan morfem. Ayat merupakan satu bentuk pengucapan yang didahului dan diakhiri oleh kesenyapan. Maka ayat lebih umum dikenali sebagai bentuk pengucapan yang mengandungi fikiran yang sempurna."

Arbak Othman (1983 :133) 

"Ayat ialah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Dalam perkataan lain, dalam tatabahasa tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai unsurnya. Ayat terdiri daripada klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, iaitu yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai."


Asmah Hj. Omar (1980 : 359)

"Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna."

Nik Safiah Karim et al. (2006 : 414)


"Ikatan  perkataan yang ada benda dan ada cerita. Demikian ini ialah dinamakan ayat. Benda dan cerita itulah tunjang atau teras bagi sebarang ayat dan jika tiada mengandungi salah satu daripada dua anggota yang wajib ini tidaklah ia memberi faham yang mencukup kerana tiada sempurna maksudnya. Maka oleh itu, walau beberapa panjang pun rangkainya perkataan-perkataan itu bukanlah jadi ayat."



                                                           BINAAN AYAT

Setiap pembentukan ayat dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Binaan initerbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dikenali sebagaiunsur atau konstituen. Susunan inilah yang dikenali sebagai subjek, iaitu hal danpredikat, iaitu perihal.Contoh : Rumah banglo besar itu , rumah Datuk NaimAyat ini boleh dibahagikan kepada dua konstituen atau unsur, iaitu :

Unsur pertama , “Rumah banglo besar itu” sebagai subjek

Unsur kedua, “rumah Datuk Naim” sebagai predikatBinaan subjekBinaan subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada unsur-unsur berikut :

Kata nama

Ganti nama

Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama

Adjektif yang berfungsi sebagai kata namaSubjek kata nama terdiri daripada :

Kata nama am
 Contoh :
Rumah itu , rumah kawan saya.

Kata nama khas.
Contoh : Kuala Lumpur  , bandaraya maju.

Kata nama terbitan.
         Contoh :
Kejayaan itu satu rahmat
Subjek ganti nama
 contoh : Dia seorang pendidikSubjek kata kerja – ia berlaku kerana kata kerja mengambil tugas kata nama, berikutanproses pengguguran kata nama sebelum kata kerja itu. Contohnya :Kegiatan melukis menjadi kegemaran Halim
Melukis menjadi kegemaran HalimSubjek kata adjektif - ia dapat berfungsi sebagai subjek dalam ayat dengan mengambiltugas kata nama yang telah digugurkan daripada frasa berkenaan. Contohnya :Warna merah ialah warna kegemaran Nur
Merah ialah warna kegemaran Nur.Binaan PredikatBinaan predikat sesuatu ayat dapat didirikan daripada unsur-unsur berikut, iaitu :

Frasa nama

Frasa kerja

Frasa Adjektif

Frasa sendi namaPredikat frasa nama sebenarnya dapat mengisi tiga tempat dalam ayat, iaitu sebagaisubjek, objek dalam kata kerja tak transitif dan sebagai predikat. Frasa nama dalampredikat dapat terbina daripada nama am, nama kahas dan nama terbitan. Unsur-unsur lain yang boleh menyertai frasa nama ialah kata bilangan, penjodoh bilangan, gelarankata nama, penerang dan penentu.

Contohnya: Penulis cerpen itu , Amir Hamzah

“Amir Hamzah” adalah prediakt kata namaHari Ahad,
hari minggu

“hari minggu” adalah predikat kata nama


Frasa kerja yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat boleh terbentuk daripada unsur-unsur berikut :

Kata kerja asal
Contoh : Bapa Ali tidur
-          Jam tangan Ali hilang

Kata kerja terbitan
 ( berasal daripada kata nama atau kata adjektif yangkemudiannya menerima imbuhan )
Contoh : Saya bersekolah di sekolah kerajaan

Kata kerja bantu
Contoh : Bangunan hotel itu sedang didirikan

Unsur-unsur keterangan ( terkandung dalam kata kerja transitif atau kata kerja taktransitif dna bertujuan memberi penerangan lanjut mengenai kata kerja tersebut )Contoh : Bapa
membaca akhbar di rumah.

Predikat frasa adjektif terdiri daripada kata adjektif yang boleh disertai oleh kata bantudan kata penguat.
Contoh : Orang kaya itu sangat gemuk
      -  Predikat frasa sendi nama terbina daripada kata sendi seperti ‘di’ dan ‘ke’ , yang diikutioleh frasa     nama. Dalam binaan ini, kadangkala kata nama arah dimasukkan di antarakata sendi dengan kata nama.
Contoh : Arnab di dalam kandang



                                        POLA AYAT DASAR
    1 Pola ayat dasar adalah asas pembentukan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu.
    2. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat inti.
    3.Ada empat pola ayat dasar berdasarkan unsur-unsur binaan ayat:                                                                                                      
                                                                                                                           
  POLA AYAT DASAR

Frasa Nama + Frasa Nama
(FN+FN)
Frasa Nama + Frasa Kerja
(FN+FK)
Frasa Nama + Frasa Adjektif
(FN+FA)
Frasa Nama+ Frasa Sendi
(FN+FS)

Contoh:
Ali pelajar.
Ali (FN) + pelajar (FN)

Contoh:
Ali berlari.
Ali (FN) + berlari (FK)

Contoh:
Ali tinggi.
Ali (FN) + tinggi (FA)

Contoh:
Rumah Ali di tepi sungai.
Rumah Ali (FN) + di tepi sungai (FS)

Ibu / guru.
Bapa / nelayan.
Kakak / jururawat.
Datuk / Menteri Besar.
Abang / polis.
Pakcik saya/ wartawan.
Dia/ pengemis.
Beliau/ juruterbang.

Pelajar / berlari.
Guru / mengajar.
Adik / tidur.
Lalat / terbang.
Kipas / berpusing.
Anjing/ mengejar kucing.
Nenek/ mengait baju.
Kucing itu/ mengiau.

Sekolah / besar.
Kucing / gemuk.
Gagak / hitam.
Almari / tinggi.
Pelajar / rajin.
Kambing/ hitam.
Jam/ besar.
Menara/ tinggi.

Buku / di dalam beg.
Nelayan / ke laut.
Jururawat / dari hospital.
Kuih / daripada tepung.
Surat / untuk Pengetua.
Surat itu/ kepada Ibu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bab 1: Asal Usul Bahasa Melayu

                                                        ASAL USUL BAHASA MELAYU ➥   DEFINISI BAHASA      Beberapa definisi ...