Khamis, 14 September 2017

Bab 7 : Sintaksis

                                                                   SINTAKSIS

- Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat
- Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Konsep ayat
i) Unit pengucapan yang tertinggi dalam susunan tatabahasa.
ii) Mengandungi makna atau idea yang lengkap.
iii) Diucapkan dengan intonasi yang sempurna.
iv) Pola ayat inti terbahagi kepada empat jenis pola berdasarkan jenis-jenis unsur yang hadir dalam konstituen subjek dan konstituen predikat.

Ø Konstituen ini bolh terdiri daripada frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Ø Pola-pola ayat inti adalah gabungan frasa-frasa tersebut.

            Pola
           Subjek
          Predikat
       FN + FN
        syahirah
    (Frasa Nama)
      pelajar kolej
      (Frasa Nama)
       FN + FK
             Ain
    (Frasa Nama)
   sedang bermain
       (Frasa Kerja)
       FN + FA
    Lee Chong Wei
    (Frasa Nama)
            Rajin
     (Frasa Adjektif)
       FN + FSN
        Si Comel
    (Frasa Nama)
        di maktabah
  (Frasa Sendi Nama)

  
     Unsur Atau Komponen Ayat
- Sesuatu ayat mesti mengandungi subjek dan predikat.
- Dalam struktur dasarnya, ayat terbentuk daripada susunan subjek diikuti oleh predikat.

Ayat – Subjek + Predikat

Contoh: Ain + membaca novel di dalam biliknya.
Subjek – Ain
Predikat – membaca novel di dalam biliknya.

  _  Selain subjek dan predikat , sesuatu aya mungkin juga mengandungi objek , pelengkap dan keterangan/penerang.
  _ Objek ialah unsur yang hadir selepas frasa kerja transitif dan oleh itu, objek ialah sebahagian daripada predikat.
Contoh :
               Ali + memukul ular itu.
Subjek - Ali
Predikat -memukul ular itu
Frasa kerja transitif – memukul
Objek – ular itu         

  {Pelengkap pula ialah unsur yang hadir selepas sesetengah frasa kerja tak transitif. Oleh itu, pelengkap juga ialah sebahagian daripada predikat.

Contoh :
               Ain + pergi ke perpustakaan.
Subjek – Ain
Predikat – pergi ke perpustakaan
Frasa kerja tak transitif – pergi
Pelengkap – ke perpustakaan

  { Keterangan boleh hadir dalam pelbagai posisi ayat tetapi ia boleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu keterangan subjek dan keterangan subjek dan keterangan predikat. Keterangan subjek hadir sebelum/selepas subjek dan membentuk sebahagian daripada subjek.

Contoh :
 Seorang pelajar + dipilih untuk menyertai program itu.
Subjek – seorang pelajar
Keterangan(bilangan) – seorang

Jenis-jenis Ayat

- Pada umumnya terdapat dua jenis ayat sahaja iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.

Ayat Dasar

- Ayat yang belum melalui proses transformasi , iaitu penyisipan/penambahan, pengguguran atau pergerakan unsur (perkataan/frasa/klausa).Ia ialah ayat asal yang daripadanya diterbitkan ayat jenis lain (ayat terbitan).





Ada empat pola ayat dasar (berdasarkan susunan subjek + predikat ).
       1) FN + FN 
         Ain + Guru
       2) FN + FAdjektif
        Ain + Pandai
       3)FN + FSN (sendi nama)
         Ain + Di dalam bilik
       4) FN + FKERJA
         Ain + Tidur

Jenis Ayat Terbitan

- Ayat terbitan diterbitkan daripada ayat dasar melalui mana-mana proses transformasi. Dari segi bilangan klausa yang terdapat di dalamnya, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Dari segi tujuan pula, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya adalah ayat penyata, ayat soal, ayat perintah dan ayat seru.

      1.Ayat Tunggal

- Ayat yang mengandungi satu klausa/ayat sahaja.

Contoh : Ain guru sekolah menengah ugama.
Ain tidur di dalam biliknya.


      2.Ayat Majmuk
Ayat yang mengandungi dua atau lebih klausa di dalamnya, berdasarkan status klausa yang menganggotainya, ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

“Gabungan-Pancangan Dan Campuran”



      3.Ayat majmuk gabungan
     -Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat/klausa yang sama taraf atau (tiada dan ayat/klausa induk), sebagai contoh , enam ayat yang berikut boleh digabungkan menjadi satu ayat majmuk.
*Dia pandai berlakon
*Dia pandai melukis
*Dia pandai menggubah lagu
*Dia pandai menulis skrip

      4.Ayat majmuk pancangan
        - Ayat yang mengandungi dua ayat yang tidak sama taraf (satu ayat induk dan satu lagi ayat kecil/klausa) dan ayat induk ula ialah ayat yang wujud secara bebas (tidak bergantung pada kewujudan ayat lain) sementara ayat kecil ialah ayat yang wujud secara terikat (kewujudannya bergantung pada ayat induk) dan dari segi jenis kata hubung yang berfungsi menghubungkan klausa induk dengan klausa kecil di dalamnya, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu komplemen dan relatif.

    Ayat majmuk pancangan komplemen (“bahawa”, “supaya”/ “agar”)
-Menegaskan bahawa kejayaannya dicapau melalui usaha dan pengorbanan.
Ayat Induk: menegaskan “sesuatu”

Ayat Kecil: bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan”adalah terikat dengan kewujudan ayat induk” dia menegaskan sesuatu”.

               5.Ayat majmuk pancangan relative(“yang”)
   -Orang yang meminjam buku itu (ialah) Ammar.
Ayat induk : Orag meminjam buku itu.
Ayat kecil : Orang itu (ialah) Ammar.

6.Ayat Majmuk Campuran
   - Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat pelbagai jenis.
Contoh : Ammar membaca buku tetapi kawan-kawannya yang keletihan telah tidur.
Ayat dasar : Ammar membaca buku
Ayat majmuk pancangan relatif : kawan-kawannya yang keletihan.

Ragam Ayat

1.Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
a)Ayat penyata;
b)Ayat tanya;
c)Ayat perintah;
d)Ayat seruan;
2.Keterangan dan contoh ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut:

(a) Ayat penyata
-Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
-Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat berita atau Ayat keterangan. Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan atau sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.

Contohnya:
i.Kakak sedang menyiram bunga.
ii.Lembu itu akan dijual.
iii.Budak-budak itu bermain di tepi longkang.

(b)Ayat tanya
Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dan ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
-Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
i.Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
ii.Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
-Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
-Diakhiri dengan pertikel -kah.

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
-Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
-Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
-Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan (?)

Contoh : Kamu belum hantar buku itu ?    

           (c) Ayat perintah 
  
    - Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu dan ayat perintah ialah ayat        yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
    - Ayat perintah terbahagi kepada empat iaitu :
       i.Ayat Suruhan
i     ii.Ayat Permintaan
      iii.Ayat Larangan
      iv.Ayat Silaan
   
        i .Ayat Suruhan
-      -Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah
       -Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
       Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
       Suruhan :Cuci kasut kamu.

i      ii.Ayat Permintaan
-     -Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
      -Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
      Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
      Permintaan : Tolong jemurkan pakaian itu.

      iii.Ayat Larangan
     -Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu.
     -Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
     -Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
     Contoh : Jangan minum air itu .
     Larangan : Jangan petik bunga itu.

     iv:Ayat Silaan
     -Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
     -Ia menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
     -Partikel -lah boleh digunakan.
     Contoh : sila bawa sejadah ke surau.
     Silaan: Datanglah ke rumah saya.
  
i     v: Ayat Seruan
     -Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan , terkejut, sakit dan sebagainya.
     -Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru (!)
     -Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
     -Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah dan sebagainya.

   Contohnya :
     i.Amboi, cantiknya baju kamu!
     ii.Aduh, sakitnya perut aku

    iii.Oh, dia sudah pergi ke sekolah!     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bab 1: Asal Usul Bahasa Melayu

                                                        ASAL USUL BAHASA MELAYU ➥   DEFINISI BAHASA      Beberapa definisi ...