Khamis, 14 September 2017

Latihan Dalam Kelas Kuliah : Ayat Aktif Dan Ayat Pasif


                                        
                          AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF


AYAT AKTIF

       1.      Saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah.
       2.      Kami mesti menumpukan perhatian apabila guru mengajar.
       3.      Kamu perlu mengajarnya menulis jawi.
       4.      Ayah membelah kayu api itu.
       5.      Mereka sedang menganyam tikar mengkuang itu.

AYAT PASIF

        1.      Semua kerja sekolah telah saya siapkan.
        2.      Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru mengajar.
        3.      Menulis jawi perlu kamu ajar kepadanya.
        4.      Kayu api itu dibelah oleh ayah.
        5.      Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh mereka.




Penukaran Ayat Pasif Kepada Ayat Aktif

  1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.
    Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.
  2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.
    Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut.
  3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
    Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.
  4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.
    Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut.
  5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.
    Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.


Penukaran Ayat Aktif Kepada Ayat Pasif

  1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
    Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya.
  2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.
    Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut.
  3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.
    Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu.
  4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
    Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.
  5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.
    Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bab 1: Asal Usul Bahasa Melayu

                                                        ASAL USUL BAHASA MELAYU ➥   DEFINISI BAHASA      Beberapa definisi ...