ASAL USUL BAHASA MELAYU
- ➥ DEFINISI BAHASA
-
-
Beberapa definisi bahasa adalah seperti berikut:
- 1.
Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang
individu dengan individu yang lain).
- 2.
Bahasa adalah penggunaan kod, iaitu gabungan fonem sehingga membentuk kata
dengan aturan sintaksis untuk membentuk kalimat yang memiliki erti/maksud.
Fonem kata à
sintaksis kalimat
- ➥ DEFINISI
MELAYU
-
Istilah ‘Melayu’ digunakan dalam pengertian yang luas dan juga yang
sempit.
- 1.Dalam
pengertian luas, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang
terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional
disebut gugusan pulau-pulau Melayu, iaitu pulau-pulau yang meliputi
Indonesia yang ada sekarang ini.
- 2.Penggunaan
istilah ‘Melayu’ yang lebih am ialah yang merujuk kepada suku bangsa yang
berbahasa Melayu yang mendiami di Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur
Sumatera, Brunei dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.
- ➥ ASAL-USUL
BAHASA MELAYU
-
Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. Asal-usul orang Melayu,
iaitu penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia
Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam.
- •
Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan
pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang orang Melayu.
- ➥ ASAL-USUL
BAHASA MELAYU
-
Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal
daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari
daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan, dalam bentuk beberapa gelombang
pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara
- 1.Ini
berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi
- 2.kedatangan
golongan pertama yang disebut Melayu Proto;
- 3.kira-kira
dalam tahun 1500 sebelum Masihi,
- 3.gelombang
yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro.
- *Mereka
ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan
telah memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.
- ➥ ASAL-USUL
BAHASA MELAYU
-
-
Namun, ada teori terbaharu yang menyatakan tempat asal orang Melayu ialah
Pulau Borneo, dan mereka telah merebak dari situ dalam tiga kelompok yang
besar melalui tiga arah, iaitu:
- 1.
Ke Barat, arah ke Sumatera Utara,
- 2.
Ke timur Laut menghala ke Kepulauan Filipina dan Taiwan, dan satu kelompok
turun ke Sulawesi dan kalimantan Timur, dan
- 3.
Ke Barat Daya, iaitu Sumatera Selatan dan Jawa Barat.
- •
Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh Kepulauan
Melaya dan lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah
masing-masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa yang berlainan hari ini,
masih dapat dilihat unsur persamaan.
- ➥ ASAL-USUL
BAHASA MELAYU
-
Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu
keluarga bahasa besar yang bernama keluarga bahasa Austris.
- *Di
samping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga
ini, iaitu :
- 1.rumpun
bahasa Austroasia
- 2.rumpun
bahasa Tibet-China.
- *Rumpun
bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang, iaitu kumpulan
bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia,
antaranya bahasa Hawaii, Tonga dan Maori; kumpulan bahasa Melanesia
antaranya bahasa di kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.
Dalam bentuk rajah, cabang-cabang keluarga bahasa Austris dan rumpun
bahasa Austronesia adalah seperti yang berikut:
- ➥ RUMPUN
AUSTRONESIA
-
-
Dalam bentuk rajah, cabang-cabang keluarga bahasa Austris dan rumpun
bahasa Austronesia adalah seperti yang berikut: Rumpun Austronesia
Keluarga Keluarga Keluarga KeluargaNusantara Polinesia Melanesia
Mikronesia(Indonesia)
- ➥ RUMPUN
AUSTRONESIA
-
-
Namun, ada sebahagian ahli bahasa dan sejarah mengelompokkan rumpun
bahasa austronesia kepada dua kumpulan utama, iaitu: Rumpun Austronesia
Keluarga Keluarga Melayu- Taiwanik Polinesia Barat Tengah Timur
- ➥ TEORI
ASAL-USUL BAHASA MELAYU
-
Terdapat banyak teori asal-usul bahasa Melayu. Teori ini bolehdibahagikan
kepada dua teori penting yang mendasari asal-usulbahasa Melayu, iaitu:
- (1)
Teori Hendrick Kern
- (2)
Teori James Collins, Nothofer, Robert Blust, dan Adelaar
- ➥ TEORI
ASAL-USUL BAHASA MELAYU TEORI HENDRIK KERN
-
-
Orang-orang Melayu berasal dari Semenanjung Tanah Melayu.- Orang-orang
Austronesia berasal dari Champa (di persisiran pantai Kemboja).-
Orang-orang Austronesia turun ke Semenanjung menjadi orang Melayu
- .•
Orang Melayu dari Semenanjung berpecah-pecah ke sebelah timur.- Teori ini
tidak lagi digunakan pada masa kini.
- ➥ TEORI
ASAL-USUL BAHASA MELAYU TEORI JAMES COLLINS, NOTHOFER, ROBERT BLUST,
ADELAAR
-
- Mewakili
dua pendapat yang agak sama tetapi ada sedikit perbezaan, iaitu dari segi
migrasi orang Melayu.- Namun, keempat-empat ahli sarjana ini bersepakat
mengatakan orang Melayu berasal dari sebelah barat Pulau Borneo.- Kerana
Pulau Borneo – tempat asal-usul penutur orang Melayu
- .•
Teori ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok, iaitu:
- (1)
James Collins dan Nothofer
- (2)
Robert Blust dan Adelaar
- ➥ KELOMPOK
1 (JAMES COLLINS DAN NOTHOFER
-
-
James Collins dan Nothofer berpendapat bahawa orang Melayudipecahkan
kepada tiga, iaitu:
- 1.
Migrasi terawal – berpindah dari sebelah barat Pulau Borneo ke Sumatera
dan berpecah terus ke utara dan menjadi orang Melayu di Semenanjung
sekarang dan ada sebahagian yang terus berpecah terus ke utara menjadi
orang Champa. Dari Champa turun balik ke Sumatera menjadi orang Acheh
- .2.
Migrasi ke utara - dari sebelah barat Pulau Borneo dan menjadi orang
Brunei yang ada pada masa sekarang – berpusing mengikut putaran jam terus
ke utara (pantai timur) – menjadi orang ‘banjarmas
- ’3.
Orang-orang di sebelah barat Borneo turun ke selatan menjadi orang Melayu
Jakarta sekarang.
- ➥ KELOMPOK
2 (ROBERT BLUST DAN ADELAAR
-
Blust dan Adelaar berpendapat migrasi bermula dari sebelah barat Pulau
Borneo dan hanya berlaku sekali sahaja.- Orang-orang Melayu berpindah ke
Sumatera menjadi orang Melayu di kepulauan Sumatera dan berkembang maju
sehingga zaman Srivijaya pada abad ke-7 à
orang-orang Melayu sudah pandai belayar dan menguasai teknologi
perdagangan dan berbalik semula ke Pulau Borneo – Srivijaya terkenal
(bukti cerita rakyat)
- .1.
Setelah orang-orang Melayu berbalik ke Pulau Borneo – menghasilkan dua
jenis Melayu (Adelaar PhD, 1985) à
hierarki tertinggi dipanggil Melayik yang merangkumi banyak bahasa-bahasa
Melayu termasuk Iban, Kedayan dan lain-lain yang sama dengan bahasa
Melayu.
- ➥
Mewujudkan dua jenis Melayu:
- 1.Melayu
yang ada pada masa sekarang
- 2.Melayu
Iban.
- 3.Namun,
kedua-dua jenis Melayu tadi mengalami kesukaran untuk berkomunikasi antara
satu dengan lain kerana tempoh migrasi yang terlalu panjang/lama).
- ➥ PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
-
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap
utama iaitu:
- 1.
Bahasa Melayu Kuno
- 2.
Bahasa Melayu Klasik
- 3.
Bahasa Melayu Moden
- ➥ BAHASA
MELAYU KUNO
-
Bahasa Melayu merupakan keluarga bahasa Nusantara
- .
- 1.Kegemilangannya
ialah dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya,
sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
- 2.Penuturnya
di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
- ➥BAHASA
MELAYU KUNOü
-
Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
- 1.Bersifat
sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
- 2.Tidak
terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
- 3.Mempunyai
sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa
- 4.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian
dikenal pasti menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri
keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
- ➥ BAHASA
MELAYU KUNOü
-
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
- 1.
Pengaruh agama Hindu.
- 2.
Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai
hierarki yang tinggi
- 3.
Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan
keperluan.Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang
ditulis dengan huruf Pallava:
- *Batu
bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
- *Batu
bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M).
- *Batu
bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M).
- *Batu
bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686M).
- *Bahasa
Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis
dalam huruf Nagiri.
- ➥ BAHASA
MELAYU KUNOü
-
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
- 1.
Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit.
- 2.
Susunan ayat bersifat Melayu.
- 3.
Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan).
- 4.
Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan).
- 5.
Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
- 6.
Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat -
niparvuat)
- 7.
Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h
(Contoh: sukhatshitta)8. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh:
semua-samuha, saya: sahaya)
- ➥ PERALIHAN
BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIKü
-
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di
Asia Tenggara pada abad ke-13.ü
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata,
struktur ayat dan tulisan.ü
Terdapat tiga batu bersurat yang penting: Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau
(1356):
- 1.
Ditulis dalam huruf India.
- 2.
Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.
- 3.
Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
- ➥ PERALIHAN
BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIKü
-
Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
- 1.
Masih memakai abjad India
- 2.
Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat
nabi, Allah dan rahmat.ü
Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)1. Ditulis dalam
tulisan Jawi2. Membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa
Melayu pada abad itu.
- 3.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir
perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan
Melayu dalam bentuk tulisan.ü
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir
perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan
Melayu dalam bentuk tulisan.
- ➥ BAHASA
MELAYU KLASIKü
-
-
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
- 1.
Zaman kerajaan Melaka
- 2.
Zaman kerajaab Acheh
- 3.
Zaman kerajaan Johor-Riauü
Tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin
al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
- ➥ BAHASA
MELAYU KLASIKü
-
Ciri-ciri bahasa klasik:
- 1.
Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
- 2.
Banyak ayat pasif.
- 3.
Menggunakan bahasa istana.
- 4.
Kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara),
sahaya, masyghul (bersedih).
- 5.
Banyak menggunakan kata pangkal ayat: sebermula, alkisah, hatta, adapun.
- 6.
Ayat songsang.
- 7.
Banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’
- ➥ BAHASA
MELAYU MODEN
-
Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai
permulaan zaman bahasa Melayu moden.
- 1.Sebelum
penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi,
berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan
bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
- 2.Selepas
Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai
pengantar dalam sistem pendidikan.
- 3.Semasa
Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.• Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam
sistem pendidikan negara.
- ➥ KESIMPULAN
-
Secara keseluruhannya, terdapat dua teori penting tentang asal-usul bahasa
Melayu, iaitu teori yang dipelopori oleh Hendrik Kern dan teori yang
dipelopori oleh 4 orang sarjana iaitu James Collins, Nothofer, Robert
Blust dan Adelaar.• Teori Hendrik Kern – teori ini menghuraikan bahawa
orang-orang Melayu berasal dari Semenanjung Tanah Melayu.• Teori 4 sarjana
- teori ini menghuraikan tentang migrasi orang-orang Melayu yang
dipercayai berasal dari sebelah barat Pulau Borneo.