Khamis, 14 September 2017

Bab 1: Asal Usul Bahasa Melayu



                                                       ASAL USUL BAHASA MELAYU

  •  DEFINISI BAHASA
  •  
  •    Beberapa definisi bahasa adalah seperti berikut:
  •  
  • 1. Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain).
  •  
  • 2. Bahasa adalah penggunaan kod, iaitu gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaksis untuk membentuk kalimat yang memiliki erti/maksud. Fonem  kata à sintaksis  kalimat
  •  
  •  DEFINISI MELAYU
  •  
  •    Istilah ‘Melayu’ digunakan dalam pengertian yang luas dan juga yang sempit.
  •  
  • 1.Dalam pengertian luas, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut gugusan pulau-pulau Melayu, iaitu pulau-pulau yang meliputi Indonesia yang ada sekarang ini.
  •  
  • 2.Penggunaan istilah ‘Melayu’ yang lebih am ialah yang merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami di Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.
  •  
  •  ASAL-USUL BAHASA MELAYU
  •  
  •   Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. Asal-usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam.
  •  
  • • Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang orang Melayu.
  •  
  •  ASAL-USUL BAHASA MELAYU
  •  
  •   Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara
  •  
  • 1.Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi
  • 2.kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto;
  • 3.kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi,
  • 3.gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro.
  • *Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.
  •  
  •  ASAL-USUL BAHASA MELAYU
  •  
  •   Namun, ada teori terbaharu yang menyatakan tempat asal orang Melayu ialah Pulau Borneo, dan mereka telah merebak dari situ dalam tiga kelompok yang besar melalui tiga arah, iaitu:
  •  
  • 1. Ke Barat, arah ke Sumatera Utara,
  • 2. Ke timur Laut menghala ke Kepulauan Filipina dan Taiwan, dan satu kelompok turun ke Sulawesi dan kalimantan Timur, dan
  • 3. Ke Barat Daya, iaitu Sumatera Selatan dan Jawa Barat.
  •  
  • • Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh Kepulauan Melaya dan lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa yang berlainan hari ini, masih dapat dilihat unsur persamaan.
  •  
  •  ASAL-USUL BAHASA MELAYU
  •  
  •   Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama keluarga bahasa Austris.
  •  
  • *Di samping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga ini, iaitu :
  •  
  • 1.rumpun bahasa Austroasia 
  • 2.rumpun bahasa Tibet-China.
  • *Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia, antaranya bahasa Hawaii, Tonga dan Maori; kumpulan bahasa Melanesia antaranya bahasa di kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. Dalam bentuk rajah, cabang-cabang keluarga bahasa Austris dan rumpun bahasa Austronesia adalah seperti yang berikut:
  •  
  •  RUMPUN AUSTRONESIA
  •  
  •   Dalam bentuk rajah, cabang-cabang keluarga bahasa Austris dan rumpun bahasa Austronesia adalah seperti yang berikut: Rumpun Austronesia Keluarga Keluarga Keluarga KeluargaNusantara Polinesia Melanesia Mikronesia(Indonesia)
  •  
  •  RUMPUN AUSTRONESIA
  •  
  •    Namun, ada sebahagian ahli bahasa dan sejarah mengelompokkan rumpun bahasa austronesia kepada dua kumpulan utama, iaitu: Rumpun Austronesia Keluarga Keluarga Melayu- Taiwanik Polinesia Barat Tengah Timur
  •  
  •  TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU
  •  
  •   Terdapat banyak teori asal-usul bahasa Melayu. Teori ini bolehdibahagikan kepada dua teori penting yang mendasari asal-usulbahasa Melayu, iaitu:
  •  
  • (1) Teori Hendrick Kern
  • (2) Teori James Collins, Nothofer, Robert Blust, dan Adelaar
  •  
  •  TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU TEORI HENDRIK KERN
  •  
  •   Orang-orang Melayu berasal dari Semenanjung Tanah Melayu.- Orang-orang Austronesia berasal dari Champa (di persisiran pantai Kemboja).- Orang-orang Austronesia turun ke Semenanjung menjadi orang Melayu
  •  
  • .• Orang Melayu dari Semenanjung berpecah-pecah ke sebelah timur.- Teori ini tidak lagi digunakan pada masa kini.
  •  
  •  TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU TEORI JAMES COLLINS, NOTHOFER, ROBERT BLUST, ADELAAR
  •  
  •   Mewakili dua pendapat yang agak sama tetapi ada sedikit perbezaan, iaitu dari segi migrasi orang Melayu.- Namun, keempat-empat ahli sarjana ini bersepakat mengatakan orang Melayu berasal dari sebelah barat Pulau Borneo.- Kerana Pulau Borneo – tempat asal-usul penutur orang Melayu
  •  
  • .• Teori ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok, iaitu:
  •  
  • (1) James Collins dan Nothofer
  • (2) Robert Blust dan Adelaar
  •  
  •  KELOMPOK 1 (JAMES COLLINS DAN NOTHOFER
  •  
  •   James Collins dan Nothofer berpendapat bahawa orang Melayudipecahkan kepada tiga, iaitu:
  •  
  • 1. Migrasi terawal – berpindah dari sebelah barat Pulau Borneo ke Sumatera dan berpecah terus ke utara dan menjadi orang Melayu di Semenanjung sekarang dan ada sebahagian yang terus berpecah terus ke utara menjadi orang Champa. Dari Champa turun balik ke Sumatera menjadi orang Acheh
  • .2. Migrasi ke utara - dari sebelah barat Pulau Borneo dan menjadi orang Brunei yang ada pada masa sekarang – berpusing mengikut putaran jam terus ke utara (pantai timur) – menjadi orang ‘banjarmas
  • ’3. Orang-orang di sebelah barat Borneo turun ke selatan menjadi orang Melayu Jakarta sekarang.
  •  
  •  KELOMPOK 2 (ROBERT BLUST DAN ADELAAR
  •  
  •   Blust dan Adelaar berpendapat migrasi bermula dari sebelah barat Pulau Borneo dan hanya berlaku sekali sahaja.- Orang-orang Melayu berpindah ke Sumatera menjadi orang Melayu di kepulauan Sumatera dan berkembang maju sehingga zaman Srivijaya pada abad ke-7 à orang-orang Melayu sudah pandai belayar dan menguasai teknologi perdagangan dan berbalik semula ke Pulau Borneo – Srivijaya terkenal (bukti cerita rakyat)
  •  
  • .1. Setelah orang-orang Melayu berbalik ke Pulau Borneo – menghasilkan dua jenis Melayu (Adelaar PhD, 1985) à hierarki tertinggi dipanggil Melayik yang merangkumi banyak bahasa-bahasa Melayu termasuk Iban, Kedayan dan lain-lain yang sama dengan bahasa Melayu.
  •  
  • Mewujudkan dua jenis Melayu:
  •  
  • 1.Melayu yang ada pada masa sekarang
  • 2.Melayu Iban.
  • 3.Namun, kedua-dua jenis Melayu tadi mengalami kesukaran untuk berkomunikasi antara satu dengan lain kerana tempoh migrasi yang terlalu panjang/lama).
  •  
  •  PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
  •  
  •   Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
  •  
  • 1. Bahasa Melayu Kuno
  • 2. Bahasa Melayu Klasik
  • 3. Bahasa Melayu Moden
  •  
  •  BAHASA MELAYU KUNO
  •  
  •   Bahasa Melayu merupakan keluarga bahasa Nusantara
  • .
  • 1.Kegemilangannya ialah dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
  • 2.Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
  •  
  • BAHASA MELAYU KUNOü
  •  
  •   Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
  •  
  • 1.Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
  • 2.Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
  • 3.Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa
  • 4. Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
  •  
  •  BAHASA MELAYU KUNOü
  •  
  •   Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEja_LoRhRKjxidB1JTj7QzbqdmyyTpliCXJUvF8OdFBLTVAFd6cK4ufmaa4y0ntDYHoeXwFXpIuvXm1T-8Oq0xaYjFANZiqyXJ3Do_vFHzeh7DPIBmcen0vlzyzm8NRbRDkdtOxTFrjfxPd/s1600/batu.jpg
  •  
  • 1. Pengaruh agama Hindu.
  • 2. Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi
  • 3. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallava:
  •  
  • *Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
  • *Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M).
  • *Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M).
  • *Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686M).
  • *Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
  •  
  •  BAHASA MELAYU KUNOü
  •  
  •   Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
  •  
  • 1. Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit.
  • 2. Susunan ayat bersifat Melayu.
  • 3. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan).
  • 4. Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan).
  • 5. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
  • 6. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparvuat)
  • 7. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)8. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
  •  
  •  PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIKü
  •  
  •   Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.ü Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.ü Terdapat tiga batu bersurat yang penting: Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356):
  • 1. Ditulis dalam huruf India.
  • 2. Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.
  • 3. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
  •  
  •  PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIKü
  •  
  •   Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
  •  
  • 1. Masih memakai abjad India
  • 2. Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.ü Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)1. Ditulis dalam tulisan Jawi2. Membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
  • 3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.ü Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
  •  
  •  BAHASA MELAYU KLASIKü
  •  
  •   Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
  •  
  • 1. Zaman kerajaan Melaka
  • 2. Zaman kerajaab Acheh
  • 3. Zaman kerajaan Johor-Riauü Tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
  •  
  •  BAHASA MELAYU KLASIKü
  •  
  •   Ciri-ciri bahasa klasik:
  •  
  • 1. Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
  • 2. Banyak ayat pasif.
  • 3. Menggunakan bahasa istana.
  • 4. Kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih).
  • 5. Banyak menggunakan kata pangkal ayat: sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • 6. Ayat songsang.
  • 7. Banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’
  •  
  •  BAHASA MELAYU MODEN
  •  
  •   Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.
  • 1.Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
  • 2.Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
  • 3.Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.• Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
  •  
  •  KESIMPULAN
  •  
  •   Secara keseluruhannya, terdapat dua teori penting tentang asal-usul bahasa Melayu, iaitu teori yang dipelopori oleh Hendrik Kern dan teori yang dipelopori oleh 4 orang sarjana iaitu James Collins, Nothofer, Robert Blust dan Adelaar.• Teori Hendrik Kern – teori ini menghuraikan bahawa orang-orang Melayu berasal dari Semenanjung Tanah Melayu.• Teori 4 sarjana - teori ini menghuraikan tentang migrasi orang-orang Melayu yang dipercayai berasal dari sebelah barat Pulau Borneo.

Bab 2 : Mengapakah Bahasa Melayu Dijadikan Bahasa Kebangsaa





                                                             PENGENALAN

Bahasa Melayu sudah menjangkau kewujudannya selama 2000 tahun bermula pada abad ke-3 Masehi tetapi ia terus relevan kerana ia tetap dimanfaatkan demi kemajuan tamadun bangsa Melayu. Kini, dalam zaman teknologi menguasai manusia pada era teknologi maklumat, bahasa perlu dimanfaatkan dengan mengeksploitasi sumber intelektual peribumi yang begitu lumayan dan kaya dengan nilai jati diri dan hati budi Melayu. Segala khazanah yang merentasi zaman ini berjaya dihasilkan dengan hanya menggunakan bahasa Melayu wajar “diteknologikan” demi kemajuan bangsa serumpun. Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja tetapi ia bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyanyangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna.
Bahasa Melayu kini kian dilupakan oleh generasi muda malahan bahasa Melayu kurang digunakan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang ilmu, pentadbiran, komunikasi dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita sebagai penutur bahasa Melayu ini harus sedar akan kemerosotan penggunaan bahasa Melayu. Jadi, semua pihak harus memainkan peranan untuk melaksanakan dan memperkembangkan bahasa kebangsaan daripada terus pupus di mata dunia. Oleh itu, badan-badan bukan kerajaan harus berganding bahu untuk merealisasikan harapan negara untuk melaksanakan dan memperkembangkan lagi bahasa kebangsaan kita. Misalnya, menurut Abdul Rashid: (2006), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), media massa dan individu-individu tertentu seperti Abdullah Hassan, Nik Safiah Karim dan lain-lain. Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa Malaysia.

(BAHASA MELAYU DIJADIKAN SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN)

1)Bahasa merupakan cerminan masyarakat, budaya, akal budi, jiwa atau roh sesuatu bangsa. Keintelektualan dan tamadun bangsa yang besar di dunia jelas merupakan bukti peranan terbesar bahasa sesuatu bangsa.

2)Bahasa kebangsaan dalam bahasa Inggeris adalah diistilahkan sebagai “National Languange”Menurut Kamus Dewan (2005), mentakrifkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang diterima dan digunakan rasmi oleh penduduk sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat. Asmah Hj Omar (2002 : 22) juga menyatakan bahasa kebangsaan menyatakan fungsi ideasional dan representasional.

3)Fungsi representasional memperlihatkan bahasa sebagai alat komunikasi, alat berfikir dan alat persepsi.

4)Fungsi ideasional didorong oleh emosi. 

5)Bahasa Melayu bermaksud, bahasa rasmi bagi empat buah negara merdeka yang berdaulat iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura, (Kamal Shukri:2007).

6)Bahasa Melayu merupakan bahasa bagi bangsa Melayu terutamanya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

7)Kewujudan Dasar Bahasa Kebangsaan merupakan asas penting bagi perkembangan bahasa Melayu di Malaysia.

8)Berdasarkan pendekatan St. Takdir Alisyahbana menyatakan bahawa dasar Bahasa Kebangsaan telah memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub di bawah Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan.

9)Sebagai undang-undang utama negara Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala dasar kerajaan. Berdasarkan Perlembagaan di bawah Perkara 159(5).

10)Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke dalam batang tubuh Perlembagaan; contohnya definisi orang Melayu juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2).

11)Asmah Hj Omar (2002 : 54) pula mengatakan faktor terpenting pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ialah faktor endoglosia dan juga faktor pengalaman dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa tinggi sebelum tempat bahasa ini diambil alih oleh bahasa Inggeris dengan kedatangan penjajahan Inggeris. 

12)Faktor endologlasia bermaksud keadaan keperibumian yang mencirikan dasar bahasa sesuatu negara. Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukanlah bermakna bahawa bahasa-bahasa pendatang di Malaysia ini didiskriminasikan.

13)Hak setiap bahasa asing itu terpelihara dalam Perlembagaan Malaysia (1972:116-7). Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ini perlu dibina dan dikembangkan menjadi bahasa moden, bahasa sains dan teknologi, bahasa pengucapan tinggi seperti yang termaktub dalam Akta DBP.

14)Bagi mengekalkan dan memperkembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kita harus mengambil iktibar daripada sejarah perkembangan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, bahasa Melayu memang boleh diperkembangkan sebagai bahasa kebangsaaan dan seterusnya diperkasakan sebagai bahasa antarabangsa. 

15)Menurut Hassan Ahmad (2008), terdapat beberapa faktor yang lazimnya harus dilaksanakan untuk mengukuhkan lagi bahasa Melayu dan seterusnya memperkembangkan sebagai bahasa Kebangsaan iaitu, (1) wibawa dalama bahasa Melayu, (2) jumlah penggunaanya, (3) penyebaran geografinya, (4) wahana komunikasi ilmu, teknologi dan diplomasi, (5) kecemerlangan ekonomi bangsa yang menuturkan serta menggunakan bahasa itu, (6) keutuhan dan kestabilan politik bangsa yang menuturkan dan memakai bahasa itu.

Bab 3: Sistem Ejaan Dan Sebutan Baku Bahasa Melayu


Baku 

- Adalah seragam, standard atau piawai iaitu sesuatu yang diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya.

Menurut Awang Sariyan (1988:6), ahli-ahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan dan bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Ketetapan ini dicapai dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956). Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L Pike dalam bukunya Phonemics(1943:57) iaitu "Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap".

Bahasa baku
  
- Ialah bahasa yang dianggap standard, yang mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata, yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk yang lain (bukan bahasa, sebutan, ejaan, dan sebagainya). Bahasa baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

Pembakuan bahasa 

- Merujuk kepada usaha, tindakan, atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran. Perkara yang berkaitan dengan usaha, tindakan, atau proses tersebut ialah penetapan kod dan norma bahasa daripada segala segi, iaitu ejaan, peristilahan, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa (Prof Dr Awag Sariyan, Warna dan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia, 2006)

-Pelaksanaan pembakuan bahasa Melayu pada peringkat sekolah telah dimulakan sejak tahun 1988 lagi semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran, iaitu selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang mengusulkan sebutan baku bahasa Melayu tingkatan satu.

Tujuan pembakuan bahasa Melayu

Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:
  1. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.
  2. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa.
  3. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah), sistem ejaan, dan laras bahasa.
Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah
Garis panduan dasar umum sebutan baku

Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut :
  • Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan.
  • Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan.
  • Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.
Contoh sebutan baku dan tidak baku

Berikut adalah contoh sebutan tidak baku yang menjadi sebutan kebiasaan rakyat Malaysia:

Ejaan
Bunyi (sebutan) baku
Bunyi kebiasan
Kita
ki-ta
ki-te
Saya
sa-ya
sa-ye
Industri
in-dus-tri
in-das-tri
Pedagogi
pe-da-go-gi
pe-da-go-ji
Faktor
fak-tor
fek-ter
Unit
u-nit
yu-nit
Unik
u-nik
yu-nik
Universiti
u-ni-ver-si-ti
yu-ni-ver-si-ti
Penyebutan Kata Terbitan

Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV , KVK , KVK + KVK.
Kata terbitan dengan imbuhan awalan:

Ejaan
Sebutan baku
Pengajar
Pengedar
Terasa
Berlari
terangkat
[pe nga jar]
[pe nge dar]
[te ra sa]
[ber la ri]
[ter ang kat]
Sebutan bagi Nama Khas

Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:

Ejaan
Sebutan
Muhammad Hatta
[mu.ham.mad hat.ta]
James Bond
[jéms bÕnd]
Nelson Mandela
[nẼl.sen man.dé.la]
Lim Keng Yaik
[lim kéng yék]
Boutros Boutros-Ghali
[but.ros but.ros gha.li]

Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:

Ejaan
Sebutan
Selangor Darul Ehsan
[se.la.ngor da.rul éh.san]
Bosnia-Herzegovina
[bos.nia her.ze.go.vi.na]
Pyongyang
[pyong.yang]
New Zealand
[niu zi.lẼnd]
Sunway Lagoon
[sun.wéi le.gun]

Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu. Contohnya:

Ejaan
Sebutan
Bank Bumiputera
[baângk bu.mi.pu.te.ra]
Radio Televisyen Malaysia
[ra.dio té.lé.vi.syen me.lé.sia]
Universiti Teknologi Malaysia
[u.ni.ver.si.ti ték.no.lo.gi me.lé.sia]

Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:

Ejaan
Sebutan
Felda
[fél.da] atau (Federal Land Development Authority)(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)
UNESCO
[yu.nés.ko] atau (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization)
UMNO
[am.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)
tadika
[ta.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak)
ADUN
[a.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri)
Plus
[plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan)

Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme (bentuk singkat bagi serentetan kata yang disebut huruf demi huruf) dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:

Ejaan
Sebutan
DBP
[di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka)
TLDM
[ti.él.di.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia)
JKKK
[jé.ké.ké.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung)
RTM
[ar.ti.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia)
PLO
[pi.él.o] atau (Palestinian Liberation Organization)(Pertubuhan Pembebasan Palestin)

Bab 4 & 5 : Peristilahan dan Tatabahasa

         
                                   PERISTILAHAN KATA UMUM BAHASA MELAYU 


  • Mana-mana kata umum dalam bahasa melayu dan termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat.
i) Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.

ii) Kata yang dipilih sangat sesuai dan paling singkat atau pendek (sekiranya ada sekelompok sinonim)
              Contoh :
                             - Hospital dan Rumah sakit, dipilih hospital.
                             - Fisiologi dan Kaji tugas organ, dipilih fisiologi.


 iii) Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.


                           UNSUR DAN PROSES TATABAHASA DALAM PERISTILAHAN


i) Penggunaan Kata Akar atau Bebas
  
 - Istilah dapat dibentuk daripada kata akar (yakni kata bebas). Contohnya ialah gaya, sudut, kaji, rumpuk, watt, volt dan asid.

ii) Proses Pengimbuhan

-. Susunan istilah berimbuhan menunjukkan pertalian yang tersusun antaranya bentuk dan maknanya


Kata dasar / akar
Pelaku / alat
Hal/Keadaan/tempat
Tani
(Usaha)
Petani
Pengusaha
Pertanian (hal bertani)
Perusahaan (hal berusaha)
Ubah
Pe (r) ubah
Perubahan (hal berubah)

iii) Proses Penggadaan

- Istilah yang mengungkapkan konsep keanekaan, kemiripan (kecil), kumpulan, atau kejamakan dapat dibentuk dengan penggandaan.

Contohnya :
                     Kacang > Kacang-Kacang
                     Jari > Jejari
                     Rumput > Rerumput

iv) Proses Penggabungan

- Istilah yang berupa gabungan kata sedapat-dapatnya berbentuk singkat.

Contohnya :
                     Meja Tulis
                     Kerjasama
                     Kapal 

Gabungan kata-kata yang mewujudkan istilah dapat ditulis menurut tiga cara yang berikut , sesuai aturan ejaan yang berlaku : a, b , c 

a) Kumpulan yang terpisah

Contohnya :
                     Model Linear
                     Ketua Pengarah
                     Kertas Imbangan 

b) Kumpulan yang menggunakan tanda hubung jika dirasa perlu menegaskan pengertian di antara dua unsurnya.

Contohnya:
                    Dua-Sendi
                    Mesin-Kira
                    Watt-Jam

c)  Kumpulan yang dirangkaikan menjadi satu kerana sudah mantap.

Contohnya:
                   Syahbandar
                   Olahraga
                   Warganegara
                   Bumiputra
                   Jawatankuasa


                                         ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG



i) Singkatan

 - Istilah singkatan ialah sesuatu yang disingkatkan atau dipendekkan.
- Singkatan berbeza dengan akronim

1. Singkatan nama orang, nama gelar, jabatan, dan pangkat dengan diikuti dengan titik di belakang tiap-tiap singkatan itu.  

Contohnya: 
A.H. Nasution = Abdul Haris Nasution
M.Hum = Magister Humaniora
S.E = Sarjana Ekonomi

2. Singkatan nama resmi lembaga pemerintahan dan ketatanegaraan, badan atau organisasi, serta dokumen resmi yang terdiri atas gabungan huruf awal kata, ditulis dengan kapital dan tidak diikuti dengan titik.  

Contohnya: 
DPR = Dewan perwakilan Rakyat
PGRI = Persatuan Guru Republik Indonesia.

3. Singkatan kata yang berupa gabungan huruf, diikuti dengan tanda titik.  

Contohnya:
jmlh. = jumlah
tgl. = tanggal
hlm. = halaman

4. Singkatan dari gabungan kata yang terdiri atas tiga huruf, diakhiri dengan tanda titik.

Contohnya: 
dll. = dan lain lain
yth. = yang terhormat
ybs. = yang bersangkutan
dlsb. = dan lain sebagainya

5. Singkatan gabungan kata yang terdiri dari dua huruf. Lazimnya dicantumkan dalam surat-menyurat. Masing-masing huruf diikuti oleh tanda titik.

Contohnya:
a.n. = atas nama
d.a. = dengan alamat

6. Singkatan untuk lambang kimia, satuan takaran, timbangan, ukuran, dan mata uang. Jenis singkatan ini tidak diikuti oleh tanda titik.

Contohnya:
cm = sentimeter
kg = kilogram
Rp = rupiah
kVA = kilovolt-ampere

ii) Lambang Huruf dan Bilangan

-Lambang huruf dan bilangan ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep.

-Nama dan lambang unit mengikut System International d'Unites (SI) (Sistem Unit Antarabangsa).

           Kuantiti Fizikal
                Unit Dasar
                 Lambang
               panjang
                  meter
                       m
             Jisim massa
                  kilogram
                       kg
                waktu
                    saat
                        s


iii) Lambang gambar

- Konsep dapat dinyatakan oleh lambang yang berupa gambar.

- Pembentukan dan penggunaan lambang gambar harus mengikuti peraturan yang disahkan oleh bidang masing-masing.

Contohnya :
                    Jantan ^
                    Matahari *
                    Omega 0

                             
                                       KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN

1. Jenis Ejaan

                      
 Ejaan Grafemik
Ejaan istilah pada umumnya hendaklah grafemik, iaitu bunyi yang digambarkan berdasarkan grafem-grafem yang sudah disetujui dalam Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu.
Ejaan Etimologi/Asal
Jikalau timbul kekaburan seperti dalam hal sepasang istilah yang sama sebutan dan sama ejaan, maka perbezaan bolehlah dibuat dengan mengekalkan ejaan dengan sedikit penyesuaian yang diperlukan kepada salah satu istilah itu. Ini dikatakan ejaan etimologi. Misalnya, bagi media massa, kedua-dua s dikekalkan dalam massa supaya tidak timbul kekeliruan dengan masa.
Ejaan Transliterasi
Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi Arab: bismillahirrahmanirrahim.
Ejaan Transkripsi
Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan. Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya:
  • bureau - biro
  • police - polis
  • ambulance - ambulans
Catatan: Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya: Baekelund, Cannizzaro, Aquadag, Dacron, Keops, Dmitri Ivanovic Mendeleev, Anton Chekhov, Mao Tze Tung.



2. Penyesuaian Ejaan


Bahasa Melayu banyak menyerap istilah daripada pelbagai bahasa, seperti Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris dan lain-lain. Berdasarkan darjah penyesuaian unsur pinjaman itu dalam bahasa Melayu, maka istilah dalam bahasa Melayu dapat dibahagi kepada tiga golongan besar:
  • Pertama, istilah asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sebati
dalam bahasa Melayu seperti pencen, stesen, kamsen, kelas, kelab; tidak diubah.
  • Kedua, istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa
Melayu seperti landrover, ad hoc; pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan seperti dalam bahasa sumber.
  • Ketiga, istilah yang baru dipinjam dan belum sebati atau menyesuaikan

diri daripada segi sebutan dan ejaan. Pengejaan istilah ini dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu saja supaya bentuk ejaan asal masih terlihat. Ini memudahkan pengenalan istilah baru itu dibandingkan dengan istilah asal dalam bahasa sumber. Penyesuaian ejaan istilah baru itu dilakukan menurut kaedah di bawah:

Contohnya :

Vokal
Contoh
ae = e
  • aesthetics = estetik
  • haemoglobin = hemoglobin
  • haematite = hematit
ae = ae
  • aerial = aerial
  • aerograph = aerograf
  • aerobe = aerob
ai = ai
  • aileron = aileron
  • trailer = trailer
  • caisson = kaison
au = au
  • automatic = automatik
  • tautology = tautologi
  • auditorium = auditorium
c sebelum a, u, o dan konsonan = k
  • carbon = karbon
  • curator = kurator
  • cobalt = kobalt

























3. Penyesuaian Ejaan Imbuhan Asing

  Ø  Daripada satu pihak, imbuhan asing dapat dianggap sebagai sebahagian daripada kata istilah yang hendak diserap. Ia jarang dianggap sebagai imbuhan. Contohnya
  •        aktif
  •        aksi
  •       primer
  •       antropologi

  
  Ø  Pada pihak lain imbuhan asing dapat diserap sebagai imbuhan yang boleh pula digunakan untuk pembentukan istilah lain. Misalnya: inframerah, prasejarah, semivokal, superstruktur Jika sesuatu imbuhan itu mempunyai banyak bentuk, maka hanya satu bentuk yang dipilih. Contohnya :
  • absorbance
  • absorbans
  • absorbency

       Imbuhan Asing 

(a-) a-
(ab-) ab-
(abs-) abs-
(amb-) amb-
(amphi-) amfi-
(ana-) ana-
(ante, anti-) ante- (anti-)
(anti-, ant-) anti- (an-)


4. Gugus Konsonan

  Ø  Gugus konsonan yang dimiliki bahasa Melayu adalah khusus bagi menulis kata/istilah pinjaman    daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing lain. Ada satu pola umum gugus konsonan iaitu gugus dua  konsonan yang boleh berlaku pada awal, tengah atau akhir kata.



       Gugus Konsonan
          Perkataan
+bd-

bdelium, bdelotomi

dr-

drama, draf, drumlin

pl-

plastik, plutonium


sp-

sperma, spirit, spontan

pr-

proses, ekspres, premium,
prasejarah



Bab 1: Asal Usul Bahasa Melayu

                                                        ASAL USUL BAHASA MELAYU ➥   DEFINISI BAHASA      Beberapa definisi ...