Ayat aktif transitif dan ayat aktif
tak transitif
]Ayat aktif transitif
1)
Selain mengutamakan subjek asal sebagai judul, ayat aktif transitif ialah ayat
yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama
ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.
Tips:
Bagaimanakah
kita tahu kata kerja itu transitif?Mudah sahaja. Cuba tanya “Apa?” Selepas kata
kerja itu. Jika ada jawapannya, kata kerja itu ialah kata kerja transitif. Kata
kerja transitif mempunyai objek.
Contoh
: Arif menaiki basikal. Menaiki apa? (ada jawapan)
Contoh
:
Dia
membeli buah durian.
subjek = Dia
kata kerja transitif = membeli
objek = buah durian
2)
Ada juga segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang
menerima dua objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi.
Contoh :-
"
Puan Aisyah menghadiahkan anaknya sebuah basikal."
Puan Aisyah (subjek)
menghadiahkan ( kata kerja transitif )
anaknya (objek tepat )
sebuah basikal (objek sipi).
menghadiahkan ( kata kerja transitif )
anaknya (objek tepat )
sebuah basikal (objek sipi).
3) Ayat aktif transitif juga boleh digugurkan objeknya.
-
Objek yang boleh digugurkan itu hanya ganti nama diri orang
pertama.
contoh:
"Keberaniannya
sungguh menghairankan kami."
subjek
= keberaniannya
kata
penguat = sungguh
kata
kerja transitif = menghairankan
objek
yang digugurkan = kami
Ayat aktif tak transitif
1)
Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh
objek sebagai penyambutnya.
Tips:
Bagaimanakah
kita tahu kata kerja itu tak transitif? Mudah sahaja. Cuba tanya “Apa?” Selepas
kata kerja itu. Jika tidak ada jawapannya, kata kerja itu ialah kata kerja tak
transitif. Kata kerja tak transitif tidak mempunyai objek.
Contoh : Saya berenang. Berenang apa?(tiadajawapan)
2)
Ada dua jenis ayat aktif tak transitif :
-keterangan yang boleh digugurkan
-keterangan yang tidak boleh digugurkan
(i)
keterangan yang boleh digugurkan
Contoh : -Kumpulan remaja itu sedang berbual dengan rancaknya.
-Kumpulan remaja itu sedang berbual.
(ii)
keterangan yang tidak boleh digugurkan
Contoh : - Dia berada di Kuala Lumpur.
- * Dia berada.
Kata Ganti
1. Maksud
:
Kata yang digunakan untuk
menggantikan nama orang.
2. Jenis:
Terbahagi kepada 3 jenis:
a. Kata Ganti
Nama Diri Pertama (penutur).
b. Kata Ganti Nama
Diri Kedua (pendengar)
c. Kata Ganti
Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)
3. Bilangan
penutur / pendengar:
a. Tunggal
(seorang)
b. Jamak (lebih
daripada seorang)
4. Golongan
pengguna:
a. Masyarakat
Moden
b. Masyarakat
Melayu Lama (klasik)
c. Masyarakat
Istana / Bangsawan
5. Contoh
Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti
Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.
Kata Ganti Diri Pertama
|
Penggunaannya
|
aku (tunggal)
|
Digunakan apabila bercakap dengan
kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
|
saya (tunggal)
|
Digunakan apabila bercakap dengan
seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
|
hamba (tunggal)
|
Digunakan untuk membahasakan diri
sendiri pada zaman dahulu.
|
patik (tunggal)
|
Digunakan oleh rakyat apabila
bercakap dengan raja atau sultan.
|
beta (tunggal)
|
Digunakan oleh raja atau sultan
apabila bertitah kepada rakyat.
|
kami (tunggal)
|
Digunakan pada diri orang yang
berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
|
kita (tunggal)
|
Digunakan pada diri sendiri dengan
menyertakan diri orang kedua.
|
Kata Ganti Nama
Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri Kedua
|
Penggunaannya
|
anda (tunggal dan jamak))
|
Digunakan untuk diri orang
kedua apabila berhadapan dengan kita.
|
awak (tunggal)
|
Digunakan untuk diri orang
kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
|
engkau (tunggal)
|
Digunakan untuk diri orang kedua
yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
|
Tuan hamba (tunggal)
|
Digunakan untuk diri orang kedua
pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti
diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)
|
tuanku (tunggal)
|
Digunakan apabila bercakap dengan
raja atau sultan.
|
kalian (tunggal)
|
Digunakan untuk beberapa orang
yang diajak bercakap.
|
kamu (tunggal dan jamak)
|
Digunakan untuk diri orang kedua
yang rapat hubungannya dengan kita.
|
Kata Ganti
Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang
yang diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri Ketiga
|
Penggunaannya
|
baginda (tunggal)
|
Digunakan untuk putera-puteri
raja, raja atau sultan.
|
beliau (tunggal)
|
Digunakan untuk orang yang kita
hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
|
Dia dan ia (tunggal)
|
Digunakan untuk orang yang umum
seperti orang biasa dan rakan.
|
mereka (tunggal)
|
Digunakan untuk orang yang
bilangannya lebih daripada seorang.
|
6. Bentuk
kesilapan:
SALAH
|
BETUL
|
“Kami tidak harus
mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.
|
“Kita tidak harus
mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul.
|
Kereta itu sungguh mahal
kerana ianyadiimport dari Jepun.
|
Kereta itu sungguh mahal kerana
diimport dari Jepun.
|
Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
|
Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
|
“Hamba mohon maaf atas
kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
|
“Patik mohon maaf atas
kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
|
Kakitangan syarikat ini sedia
menolong engkau.
|
Kakitangan syarikat ini sedia
menolong anda.
|
Saya ingin berjumpa dengan ia.
|
Saya ingin berjumpa dengannya.
|
Mereka-mereka sedang bermain bola di padang.
|
Mereka sedang bermain bola di padang.
|
7. Ringkasan:
Kata Ganti Nama Diri
|
Tunggal
|
Bilangan Banyak / Jamak
|
Diri Pertama (penutur)
|
aku
saya
patik
hamba
|
kami kita
|
Diri Kedua (pendengar)
|
awak
kamu
engkau
encik cik
saudara
saudari tuan
puan anda
tuanku tuan hamba
|
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua kalian
|
Diri Ketiga (orang yang
diceritakan halnya)
|
Dia
Ia
Beliau
Baginda
|
mereka
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan